Malaysian Attention Engine
Live wire
56Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar50'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor46Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’43DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain42General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan4227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti41Business : DNB To Accelerate 5G Adoption, Drive Business Gains39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Abbe Hae didakwa ditahan polis36Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’36General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 1
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

PERKESO iktiraf penyakit mental

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 10:46 MYTLatest activity 19 Oct, 10:52BMconfidence 80%

What happened

PERKESO iktiraf penyakit mental (Berita Harian, 10:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

PERKESO iktiraf penyakit mental

19 Oct, 10:46 MYT

Oleh Suzalina Halid dan Latifah Arifin

KUALA LUMPUR: Aspek masalah kesihatan mental dalam kalangan pekerja turut diiktiraf Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui tiga kaedah bantuan iaitu Pencen Ilat, Skim Keilatan dan Skim Bencana Pekerjaan.

Timbalan Ketua Eksekutif Operasi PERKESO, Azirruan Arifin, berkata terdapat kes penyakit psikiatri atau kesihatan mental yang diluluskan sebagai keilatan setiap tahun, sekali gus membolehkan pencarum yang memenuhi syarat untuk menerima faedah berkaitan, termasuk Pencen Ilat bulanan.

Katanya, pencarum berdepan masalah kesihatan mental hingga hilang upaya bekerja layak menerima Pencen Ilat bulanan PERKESO, manakala di bawah Skim Keilatan pula, antara yang boleh dinilai membabitkan kes penyakit psikiatri, termasuk Major Depressive Disorder atau gangguan kemurungan utama, skizofrenia dan gangguan keresahan yang serius.

"Jika keadaan itu menyebabkan seseorang mengalami keuzuran sehingga menjejaskan keupayaan untuk bekerja, ia boleh dinilai bagi tujuan faedah keilatan, tertakluk kepada penilaian Jemaah Doktor PERKESO serta syarat yang ditetapkan.

"Gangguan mental akibat trauma di tempat kerja seperti gangguan stres pascatrauma (PTSD) boleh dipertimbangkan di bawah Skim Bencana Pekerjaan sekiranya terdapat pengesahan klinikal serta kaitan jelas dengan pekerjaan dan melalui penilaian perubatan serta syarat kelayakan ditetapkan," katanya kepada BH.

Katanya, berdasarkan rekod rasmi PERKESO, ada kes penyakit psikiatri atau kesihatan mental disahkan dan diluluskan sebagai keilatan pada setiap tahun, membolehkan pencarum yang memenuhi syarat menerima faedah di bawah Skim Keilatan, termasuk Pencen Ilat bulanan serta kemudahan rawatan perubatan berkaitan, tertakluk peruntukan dan penilaian ditetapkan.

"Perkara ini menunjukkan b isu kesihatan mental turut mempunyai implikasi terhadap keupayaan seseorang untuk bekerja dan apabila memenuhi kriteria keilatan, boleh dinilai dalam kerangka perlindungan keselamatan sosial PERKESO.

"Dalam proses itu, penilaian perubatan dan psikiatri menjadi antara aspek penting bagi membantu Jemaah Doktor PERKESO menentukan tahap keuzuran serta kesannya terhadap keupayaan pencarum untuk bekerja," katanya.

Beliau berkata, dalam penilaian kes keilatan, pencarum perlu menjalani rawatan dan pemantauan perubatan sewajarnya bagi membolehkan keadaan kesihatan dinilai secara menyeluruh.

Pemantauan berterusan

Bagi kes tertentu, tambahnya, tempoh rawatan dan pemantauan berterusan sekurang-kurangnya setahun diperlukan sebelum penilaian dibuat bagi membolehkan pakar perubatan melihat perkembangan penyakit, tindak balas terhadap rawatan dan tahap pemulihan pencarum.

"Ia juga penting bagi menentukan sama ada keadaan kesihatan mencapai tahap kesembuhan maksimum (MMI) dan sama ada keuzuran dialami bersifat berkekalan sehingga menjejaskan keupayaan pencarum untuk bekerja.

"Bagaimanapun, keputusan mengenai keilatan tertakluk kepada penilaian perubatan dan keputusan Jemaah Doktor PERKESO berdasarkan keadaan serta fakta setiap kes," katanya.

Beliau berkata, kesihatan mental adalah perkara penting di alam pekerjaan, terutama pada waktu ini berikutan pelbagai jenis tekanan dan persekitaran yang amat berbeza berbanding apa yang dialami individu pada waktu dahulu.

Katanya, PERKESO turut bersama dalam usaha promosi bagi organisasi menangani masalah berkenaan di tempat.

"Namun, dalam bentuk faedah keselamatan sosial, di bawah Skim Bencana Pekerjaan, keadaan kesihatan mental akibat pendedahan trauma di tempat kerja seperti PTSD boleh dipertimbangkan.

"Ia boleh dipertimbangkan sekiranya ada pengesahan klinikal oleh pakar psikiatri dan hubungan yang jelas antara keadaan itu dengan faktor atau kejadian berkaitan pekerjaan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32first news pick-upNEWnow11:0012:00
Latest 12:10 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 10:46 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.