Malaysian Attention Engine
Live wire
54Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m51World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix50General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon49Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing48Budget 2027: Govt adds 100,000 free AI subscriptions for youth47RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202746General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar46Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat45General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am45Pengecualian duti hiburan tidak bermaksud harga tiket wayang makin murah – Yusof Haslam42Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00042Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Permintaan elektrik Malaysia dijangka capai 148.66 twh menjelang 2027

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 15:40 MYTLatest activity 9 Oct, 15:40BMconfidence 60%

What happened

PERMINTAAN tenaga elektrik di Malaysia mencatatkan peningkatan ketara apabila Semenanjung Malaysia memaparkan kenaikan semasa waktu puncak sebanyak 4.9 peratus daripada 20,066 megawatt (MW) pada 2024 kepada 21,049 MW pada 2025. (Utusan Malaysia, 15:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Permintaan elektrik Malaysia dijangka capai 148.66 twh menjelang 2027

By SABRINA ZULKIFLI · 9 Oct, 15:40 MYT

PERMINTAAN tenaga elektrik di Malaysia mencatatkan peningkatan ketara apabila Semenanjung Malaysia memaparkan kenaikan semasa waktu puncak sebanyak 4.9 peratus daripada 20,066 megawatt (MW) pada 2024 kepada 21,049 MW pada 2025.

Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2027, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjangkakan permintaan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia akan terus berkembang kepada 141.87 terawatt-jam (TWh) pada 2026 dan 148.66 TWh pada 2027 dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sekitar 4.9 peratus.

Pertambahan keperluan tersebut memberikan tekanan ke atas sistem tenaga elektrik negara bagi memastikan keupayaan kapasiti yang mencukupi, sekali gus menuntut pelaburan berterusan dalam penjanaan, rangkaian penghantaran dan infrastruktur grid.

“Sistem elektrik Malaysia disokong oleh grid nasional di Semenanjung Malaysia yang dikendalikan oleh TNB merangkumi rangkaian penghantaran 132 kilovolt (kV), 275kV dan 500kV bagi memastikan operasi yang selamat, berdaya harap serta ekonomik.

“Walau bagaimanapun, sistem tersebut perlu ditambah baik selari dengan pertumbuhan pesat projek pusat data dan perindustrian.

“Sehingga Disember 2025, pusat data menyumbang sebanyak 850 MW penggunaan beban sebenar daripada sekitar 4.5 Gigawatt (GW) kapasiti, manakala projek dalam perancangan dijangka memerlukan penggunaan beban sehingga 7.5 GW,” katanya.

Menurut laporan, perluasan grid amat kritikal bukan sahaja untuk menyokong perdagangan tenaga elektrik serantau tetapi juga memenuhi keperluan domestik dan menarik pelaburan baharu berintensifkan tenaga.

Sementara itu, Malaysia turut mempunyai potensi besar dalam pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) terutamanya kuasa solar dan sumber kuasa hidro di Sarawak.

“Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melaporkan TBB menyumbang sebanyak 31 peratus daripada kapasiti penjanaan terpasang negara sehingga Oktober 2025.

“Malaysia menetapkan sasaran mencapai 40 peratus kapasiti TBB menjelang 2035 dan 70 peratus menjelang 2050 bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil serta menjana kapasiti tenaga untuk didagangkan dengan negara jiran,” katanya.

Tambah laporan itu, akses kepada bekalan tenaga elektrik yang lebih bersih akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama bagi pelaburan syarikat antarabangsa yang ingin mengurangkan pelepasan karbon. – UTUSAN

The post Permintaan elektrik Malaysia dijangka capai 148.66 twh menjelang 2027 appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:0017:0018:0019:00
Latest 19:03 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 15:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    15:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Permintaan elektrik Malaysia dijangka capai 148.66 twh menjelang 2027 · Malaysian Attention Engine