Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM45General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris45General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid43General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar41Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar39Belanjawan 2027: Pelepasan cukai M40 dijangka diperluas
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Pertarungan jujitsu seperti bermain catur

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 10:10 MYTLatest activity 11 Oct, 10:10BMconfidence 60%

What happened

BERMULA dengan minat terhadap seni mempertahankan diri sejak kecil, pemuda itu akhirnya menemukan gelanggang yang membuatkan dia mahu terus melangkah. (Kosmo!, 10:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·5 min read

Pertarungan jujitsu seperti bermain catur

By GHAZALI ALIAS · 11 Oct, 10:10 MYT

BERMULA dengan minat terhadap seni mempertahankan diri sejak kecil, pemuda itu akhirnya menemukan gelanggang yang membuatkan dia mahu terus melangkah.

Selepas bertahun-tahun mencuba pelbagai disiplin, jujitsu menjadi pilihan yang bukan sahaja mengubah perjalanan hidupnya sebagai atlet, malah membawanya mewakili negara di pentas antarabangsa.

Menyertai jujitsu sejak 2013, atlet kebangsaan, Adam Akasyah, 25, kini mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam sukan tersebut.

Menurutnya, minat terhadap seni mempertahankan diri sebenarnya bermula lebih awal apabila bapanya turut mempunyai kecenderungan terhadap silat, tinju, capoeira dan judo.

“Saya mula belajar pelbagai martial art ketika berumur sekitar enam hingga lapan tahun, antaranya karate, taekwondo, aikido dan capoeira.

“Kemudian pada 2013, saya terlibat jujitsu dan dari situ saya fokus dalam seni ini,” katanya ketika ditemu bual CitaRasa di Gimnasium Central Mix Martial Art (MMA) di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, jujitsu mempunyai tarikan tersendiri berbanding seni mempertahankan diri yang pernah dipelajarinya.

Jika kebanyakan disiplin lebih menekankan aspek serangan, jujitsu pula menggabungkan elemen seperti gusti, judo dan teknik kuncian yang memerlukan kekuatan fizikal, kawalan serta strategi.

Kongsinya lagi, pengalaman pertama menyertai kelas jujitsu ternyata meninggalkan kesan mendalam, sekali gus menyebabkan Adam terus memilihnya sebagai laluan utama.

Jurulatih Adam, Jin turut menjadi individu penting yang membimbingnya sejak kelas pertama.

Perjalanan kompetitif Adam bermula pada tahun 2015 apabila dia menyertai pertandingan pertama di Bangkok, Thailand dan berjaya membawa pulang pingat emas.

Sejak itu, langkahnya berkembang secara berperingkat melalui pertandingan di pelbagai peringkat, bermula daripada tali pinggang putih, biru, ungu dan coklat, sebelum mencapai pentas lebih besar.

Pada tahun 2019, Adam menjadi antara pelopor jujitsu Malaysia yang menyertai Sukan SEA. Selepas itu, dia semakin kerap bertanding dalam kejohanan peringkat Asia dan antarabangsa. Namun, kejayaan tersebut tidak datang dengan mudah.

Kata Adam, jujitsu menuntut ketahanan fizikal dan mental yang tinggi kerana latihan menggunakan tenaga banyak serta memerlukan seseorang berdepan kesakitan, keletihan dan tekanan ketika pertandingan.

“Seseorang yang baru berjinak-jinak dengan jujitsu perlu memberi masa sekurang-kurangnya satu hingga tiga tahun untuk membina asas dan ketahanan sebelum benar-benar berkembang dalam sukan ini.

“Selain latihan, penjagaan badan, pemakanan dan minda turut menjadi sebahagian daripada rutin atlet,” ujarnya.

Antara pencapaian tertinggi Adam adalah membawa pulang tiga pingat Sukan SEA, termasuk dua gangsa dan satu perak. Dalam kejohanan persendirian seperti International Brazilian Jiu-Jitsu Federation (IBJJF) dan Abu Dhabi Combat Club (ADCC), dia pernah meraih emas.

Bagaimanapun, tubuh seorang atlet tidak pernah terlepas daripada risiko kecederaan. Dalam jujitsu, seorang atlet boleh mengalami pelbagai masalah termasuk kecederaan jari, lutut dan leher, selain berdepan masalah kesihatan seperti sakit tekak serta jangkitan paru-paru.

Antara pengalaman paling pahit berlaku ketika Sukan SEA Hanoi 2022 apabila Adam mengalami kecederaan buku lali.

Sementara itu, bagi memastikan prestasinya sentiasa berada pada tahap terbaik, persediaan Adam perlu berubah mengikut musim pertandingan.

Menurut Jin, ketika di luar musim, tumpuan Adam lebih kepada mempelajari teknik baharu, meningkatkan kekuatan dan kecergasan, selain membina kelenturan serta memperkemas teknik.

“Apabila musim pertandingan semakin hampir, latihan menjadi lebih intensif, terutama sekitar empat hingga lapan minggu sebelum kejohanan.

“Selepas itu, jumlah latihan akan dikurangkan secara berperingkat supaya tubuh mempunyai ruang untuk pulih tanpa menjejaskan tahap intensiti,” jelasnya.

Katanya lagi, persediaan menghadapi pertandingan bukan hanya mengenai kekuatan atau teknik, sebaliknya aspek taktikal juga penting terutama apabila berdepan lawan sama dalam beberapa kejohanan. Strategi paling penting, menjadi orang pertama yang berani bertindak.

Biasanya, siapa yang bergerak dahulu akan mempunyai kelebihan.

Perkara itu turut memperlihatkan sifat sebenar jujitsu yang bukan hanya bergantung kepada fizikal.

Sukan jujitsu perlu didedahkan sejak usia kanak-kanak supaya bakat mereka dapat dibentuk lebih awal.

Sementara itu, Presiden Malaysia Ju-Jitsu Federation, Datuk Benjamin Ong menyifatkan jujitsu seperti permainan catur kerana setiap pergerakan memerlukan perancangan.

Benjamin sendiri mula menyertai jujitsu ketika berusia 32 tahun, sebelum itu dia mempelajari pelbagai seni mempertahan diri termasuk karate dan Muay Thai.

Ketika bekerja di Hong Kong, minatnya terhadap seni bela diri membawa kepada penemuan lebih mendalam mengenai seni jujitsu.

Apa yang menarik, perhatiannya tertumpu kepada kemampuan seorang atlet berbadan lebih kecil untuk menewaskan lawan jauh lebih besar melalui teknik dan strategi.

“Ketika mula jujitsu, pemahaman saya tentang seni bela diri berubah. Ia bukan sahaja mengenai serangan tetapi pelbagai elemen lain.

“Ia seperti bermain catur, banyak strategi, bukan sahaja ketika perlawanan, malah dalam kehidupan termasuk makan, pemulihan dan latihan,” katanya.

Perkembangan jujitsu di Malaysia bagaimanapun masih panjang. Jika dahulu, Malaysia hanya mempunyai sebuah gimnasium jujitsu di Kuala Lumpur, kini jumlahnya meningkat kepada sekitar 15 hingga 20 gimnasium.

Namun, perbandingan dengan negara yang lebih maju menunjukkan Malaysia masih memerlukan lebih ramai atlet berkualiti.

Negara seperti Emiriyah Arab Bersatu, Korea Selatan dan Kazakhstan mempunyai sistem latihan serta pembangunan atlet lebih tersusun.

Atas sebab itu, pembangunan generasi muda dilihat sebagai kunci kepada masa depan jujitsu di negara ini.

Dalam pada itu, Benjamin percaya kanak-kanak perlu didedahkan kepada sukan tersebut sejak awal supaya bakat mereka dapat dibentuk lebih cepat.

“Lebih penting, persepsi bahawa jujitsu merupakan sukan berbahaya perlu diperbetulkan. Pertandingan moden menggunakan sistem mata dan peraturan tertentu bagi menjadikan sukan ini lebih selamat untuk dipelajari.

“Kini, jujitsu turut berkembang sebagai aktiviti yang boleh disertai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan jantina,” ujarnya.

Selain itu, jujitsu mempunyai aplikasi praktikal dalam kehidupan seharian, termasuk membantu anggota polis menghadapi situasi bergelut dengan suspek serta kemahiran asas mempertahankan diri kepada wanita.

Ia juga boleh membantu seseorang untuk membentuk keyakinan diri terutama ketika berada dalam situasi tidak selesa.

Ketika ini, gimnasium jujitsu di Malaysia telah dibuka di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Yuran pula bergantung kepada lokasi, ada gimnasium yang menawarkan kadar bermula sekitar RM150.

Perkembangan itu turut disokong pencapaian atlet negara di luar negara.

Dalam satu pertandingan serantau membabitkan lapan negara ASEAN, Malaysia membawa 21 atlet belia dan berjaya meraih 15 pingat.

Bagi Benjamin, perjalanan itu masih belum berakhir. Jujitsu bukan sekadar tentang pingat, kemenangan atau gelaran juara, sebaliknya satu proses panjang yang membentuk disiplin, ketahanan dan kematangan diri.

“Usia bukan penghalang, atlet jujitsu boleh mencapai kemuncak prestasi pada lingkungan usia 35 hingga 40 tahun. Malah, jika ingin dijadikan sebagai hobi, peringkat umur dari 10 hingga 60 tahun juga boleh menyertai dan belajar jujitsu,” ujarnya.

Daripada satu sukan yang suatu ketika dahulu hanya dikenali dalam kelompok kecil, jujitsu kini semakin mendapat tempat di Malaysia.

Bagi Benjamin, cabarannya adalah memastikan pertumbuhan itu diteruskan dengan pembangunan akar umbi, latihan berkualiti dan sokongan lebih menyeluruh.

The post Pertarungan jujitsu seperti bermain catur appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:0012:0013:00
Latest 13:29 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 10:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pertarungan jujitsu seperti bermain catur · Malaysian Attention Engine