Malaysian Attention Engine
Live wire
85General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar85General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon75Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda74Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing73Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara65Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat64Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan62Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik61General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income61Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk atau pengaruh dadah wajib bayar pampasan59Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00058Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
NewUnconfirmedupdated 5 h ago

Pertemuan semula keluarga ‘kaya gila’ Crazy Rich Asians

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 12:00 MYTLatest activity 9 Oct, 12:00BMconfidence 60%

What happened

SELEPAS lapan tahun mencetuskan fenomena, kisah keluarga kaya-raya Crazy Rich Asians, bakal kembali menghiasi layar hiburan menerusi sebuah siri televisyen terbitan HBO. (Kosmo!, 12:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Pertemuan semula keluarga ‘kaya gila’ Crazy Rich Asians

By MUHAMMAD HAIKAL RAMLI · 9 Oct, 12:00 MYT

SELEPAS lapan tahun mencetuskan fenomena, kisah keluarga kaya-raya Crazy Rich Asians, bakal kembali menghiasi layar hiburan menerusi sebuah siri televisyen terbitan HBO.

Lebih mengujakan, siri kesinambungan filem komedi romantik Crazy Rich Asians tersebut bakal menampilkan semula barisan pelakon asal termasuk Constance Wu, Henry Golding, Ronny Chieng dan Michelle Yeoh, sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadap watak-watak ikonik yang pernah disaksikan sebelum ini.

Siri berdurasi sejam bagi setiap episod tersebut dijadualkan memulakan penggambaran pada 2027, dengan Constance dan Henry kembali menghidupkan pasangan utama, Rachel Chu dan Nick Young, manakala Ronny mengulangi watak Eddie, iaitu sepupu Nick.

Di sebalik perkembangan tersebut, Adele Lim, penulis bersama skrip filem asal, diberi tanggungjawab sebagai peneraju siri atau ‘showrunner’, selain bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama pengarah filem berkenaan, Jon M. Chu, Nina Jacobson, Brad Simpson dan penulis novel asal, Kevin Kwan.

Menurut Adele, projek berkenaan ibarat pertemuan semula keluarga besar Crazy Rich Asians, malah memberi ruang lebih luas untuk meneroka karakter serta dunia ciptaan Kevin menerusi beberapa episod.

“Ini benar-benar pertemuan semula keluarga Crazy Rich Asians! Siri ini ialah kesinambungan dinanti-nantikan peminat.

“Bezanya, kali ini kita bukan sekadar menghasilkan sebuah filem, sebaliknya mempunyai lapan episod untuk menyelami watak dan dunia menarik dalam novel Kevin Kwan.

“Bilik penulis kami sedang rancak menghasilkan idea dan kami tidak sabar untuk berkongsi hasilnya dengan penonton,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Jon mengakui filem berkenaan membawa perubahan besar dalam kehidupannya, selain menghargai perjalanan kerjaya barisan pelakon sejak naskhah tersebut ditayangkan pada 2018.

“Lapan tahun lalu, Crazy Rich Asians mengubah hidup saya. Saya berpeluang menghasilkan filem itu bersama sekumpulan individu paling kreatif dan mencuit hati pernah saya kenali.

“Sejak itu, barisan pelakonnya berkembang menjadi bintang filem, adiwira, penghibur pentas besar malah pemenang Oscar. Jadi, dapat menghimpunkan mereka semula terasa seperti pulang ke rumah sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod, Crazy Rich Asians ditayangkan pada Ogos 2018 dan mencatat kutipan kira-kira AS$239 juta (RM1 bilion) di seluruh dunia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem komedi romantik Hollywood paling berjaya.

Filem berkenaan turut dibintangi Awkwafina, Gemma Chan, Lisa Lu dan Ken Jeong.

Di sebalik berita gembira tersebut, pembabitan beberapa pelakon asal filem seperti Awkwafina, Gemma Chan, Lisa Lu dan Ken Jeong masih belum disahkan sama ada akan kembali menjayakan siri berkenaan atau tidak.

Kisah keluarga Young mula mendapat perhatian menerusi novel Crazy Rich Asians terbitan 2013, sebelum Kevin meneruskan naratif tersebut menerusi dua lagi buku, China Rich Girlfriend (2015) dan Rich People Problems (2017).

Warner Bros. sebelum ini turut merancang menghasilkan sekuel dalam bentuk filem selepas kejayaan naskhah pertama, namun projek tersebut beberapa kali tertangguh sebelum perkembangan terbaharu mengenai siri HBO diumumkan. – KOSMO! ONLINE.

The post Pertemuan semula keluarga ‘kaya gila’ Crazy Rich Asians appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow13:0014:0015:0016:0017:00
Latest 17:03 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 12:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    12:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pertemuan semula keluarga ‘kaya gila’ Crazy Rich Asians · Malaysian Attention Engine