
Pesara rugi RM646,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Pesara rugi RM646,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud (Harian Metro, 09:16)
Read the reporting
1 report
Pesara rugi RM646,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pesara wanita berusia 70 tahun kerugian RM646,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan menerusi aplikasi dalam talian.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kes itu di Sri Petaling, kelmarin.
Beliau berkata, mangsa yang juga pesara sebuah syarikat melihat tawaran pelaburan saham berkenaan sebelum berhubung dengan pentadbir kumpulan WhatsApp.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat 12 transaksi berjumlah RM646,000 ke dalam tiga akaun bank berbeza.
"Mangsa ingin membuat pengeluaran keuntungan yang dijanjikan antara lapan hingga 12 peratus, namun diarahkan membuat bayaran tambahan.
"Mangsa mendapatkan nasihat pihak bank sebelum dimaklumkan bahawa pelaburan berkenaan adalah satu penipuan dan diminta membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Hoo berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Katanya, rakaman percakapan pengadu sudah diambil dan dokumen pembayaran turut diperoleh bagi membantu siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.