Malaysian Attention Engine
Live wire
59General : Super El Nino Forecast For March-May 2027, Maximum Temperatures Could Break 40.1°c Record54Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching51General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid46Lelaki pukul bekas teman wanita dipenjara 6 bulan46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45Lorry driver in Shah Alam 12-vehicle pile-up pleads not guilty to drug-impaired driving43Tennis-Swiatek aiming to end year on a positive note as WTA Finals spot hangs in balance43Business : Labuan IBFC Climbs 11 Places To 44th In Global Financial Centres Index41Business : IOI Properties' Potential SGX Listing Remains Under Evaluation41Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok39Taman perindustrian dengan sistem perlindungan banjir 100 tahun tarik keyakinan pelabur
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Pesawat terpaksa melencong kerana tandas rosak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 12:30 MYTLatest activity 13 Oct, 12:30BMconfidence 60%

What happened

NEW YORK: Ratusan penumpang sebuah penerbangan antarabangsa menuju ke Texas berdepan detik mendebarkan selepas enam daripada lapan tandas di dalam pesawat berkenaan rosak serentak ketika merentasi Lautan Atlantik. (Utusan Malaysia, 12:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Pesawat terpaksa melencong kerana tandas rosak

By ISZ YUSLIZA · 13 Oct, 12:30 MYT

NEW YORK: Ratusan penumpang sebuah penerbangan antarabangsa menuju ke Texas berdepan detik mendebarkan selepas enam daripada lapan tandas di dalam pesawat berkenaan rosak serentak ketika merentasi Lautan Atlantik.

Insiden berkenaan melibatkan penerbangan American Airlines AA37 yang berlepas dari Madrid, Sepanyol menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Fort Worth pada minggu lalu.

Disebabkan kegagalan fungsi sistem tandas tersebut, juruterbang terpaksa mengambil keputusan untuk melencongkan pesawat berkenaan ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (JFK) di New York bagi mendarat cemas.

Jurucakap American Airlines mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan bahawa keputusan melencongkan penerbangan itu dibuat berikutan masalah teknikal pada fasiliti tandas pesawat.

Keadaan menjadi rumit apabila hanya dua tandas sahaja yang masih berfungsi untuk kegunaan lebih 200 penumpang dan anak kapal sepanjang penerbangan jarak jauh berkenaan.

Rakaman perbualan an­tara juruterbang dan menara kawalan trafik udara yang disiarkan menerusi laman web LiveATC.net turut mendedahkan situasi sebenar di dalam kokpit.

“Anda kata hanya dua tandas sahaja yang boleh digunakan, betul?” tanya pegawai kawalan trafik udara.

“Ya, betul,” jawab juruterbang penerbangan ber­kenaan.

Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di JFK sebelum menjalani pemeriksaan penyelenggaraan oleh pasukan teknikal.

“Pesawat mendarat seperti biasa dan kemudian meneruskan penerbangan ke Dallas/Fort Worth selepas pemeriksaan penyelenggaraan selesai dijalankan. Pihak kami tidak berhasrat untuk mengganggu ranca­ngan perjalanan pelanggan dan memohon maaf atas kesusahan yang berlaku,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. – AGENSI

The post Pesawat terpaksa melencong kerana tandas rosak appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 12:45 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 12:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    12:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Pesawat terpaksa melencong kerana tandas rosak
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.