Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok51General : Super El Nino Forecast For March-May 2027, Maximum Temperatures Could Break 40.1°c Record47630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri46McDonald's tunai janji serah ganjaran RM50,000 kepada PSM45Business : Labuan IBFC Climbs 11 Places To 44th In Global Financial Centres Index44Penganggur didakwa menyamar pegawai DBKL, tipu peniaga dapatkan lesen39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems38Taman perindustrian dengan sistem perlindungan banjir 100 tahun tarik keyakinan pelabur36Malaysia belum terima petunjuk AS kenakan tarif terhadap semikonduktor36General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid35General : Prosecutorial Independence Must Not Be Compromised - Azalina
NewConfirmedupdated 27 min ago

Lelaki pukul bekas teman wanita dipenjara 6 bulan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
47
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
4
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 14:47 MYTLatest activity 13 Oct, 15:35ENBMconfidence 85%

What happened

Magistrate Amira Sariaty Zainal said Hoh Peng Onn must pay RM5,000 in damages by today or risk another two months’ imprisonment. PETALING JAYA: A business owner was sentenced to six months’ jail by the magistrates’ court here today for assaulting a woman who was his girlfriend at the time. (Free Malaysia Today, 14:47)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Lelaki pukul bekas teman wanita dipenjara 6 bulan

By NUR AIMI HAZIRAH · 13 Oct, 14:58 MYT

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati lelaki itu bersalah mencederakan bekas teman wanitanya, dua tahun lalu.

Majistret Amira Sariaty Zainal membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Hoh Peng Onn, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dari tarikh sabitan, 13 Oktober 2026. Pampasan sebanyak RM5,000 juga diberikan kepada mangsa mengambil kira kesan trauma, kesan kecederaan dan emosi yang dialami,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar jumlah pampasan itu pada hari ini.

Mahkamah, bagaimanapun, kemudian membenarkan permohonan pembelaan agar pelaksanaan hukuman penjara itu digantung sementara menunggu rayuan namun memerintahkan agar denda dilunaskan pada hari ini.

Mengikut pertuduhan, Peng Onn didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara memukul Liaw Ju Shuang, 28 di sebuah unit kediaman di Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 5 Oktober 2024.

Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman mencadangkan hukuman penjara dan denda dikenakan terhadap Peng Onn mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh selain tahap kecederaan yang dialami mangsa.

“Pihak pendakwaan juga ingin membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Seksyen 426(1A) Kanun Prosedur Jenayah supaya satu jumlah pampasan diberikan kepada mangsa dalam kes ini,” katanya.

Peguam bela, Cheow Wee mewakili Peng Onn memohon agar mahkamah memberikan hukuman berbentuk denda berbanding pemenjaraan atas alasan anak guamnya merupakan pesalah pertama.

“Tertuduh merupakan pesalah kali pertama dan tidak mempunyai sebarang sabitan terdahulu. Ini menunjukkan tiada keperluan bagi pemenjaraan serta-merta.

“Malah sejak dituduh, tertuduh telah menunjukkan tingkah laku yang baik dan tidak terlibat dengan sebarang kesalahan lain,” katanya.

Wee turut memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tersebut bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi serta penangguhan bayaran pampasan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan penangguhan penjara dengan jumlah jaminan RM4,000, namun menolak penggantungan bayaran denda selain memerintahkan wang itu dibayar pada hari ini.

Difahamkan, kejadian bermula susulan pertengkaran antara Peng Onn dan mangsa yang ketika itu merupakan pasangan kekasih di unit kediaman berkenaan.

Akibat pergaduhan, tertuduh telah memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan lebam di bahagian mata dan badan.

Tindakan itu juga menyebabkan mangsa yang ketakutan bertindak berlari keluar dari rumah untuk meminta pertolongan sebelum diselamatkan oleh seorang jiran.- UTUSAN

The post Lelaki pukul bekas teman wanita dipenjara 6 bulan appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47NEWnow
Latest 15:36 MYT
47New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  3. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Utusan Malaysia) source
  4. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
13 Oct, 14:47 MYT
Origin confidence 90% · 12 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    14:47

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Man gets 6 months’ jail for assaulting girlfriend
Free Malaysia TodayNewsmainstreamEN
Ahli perniagaan dipenjara 6 bulan cederakan bekas teman wanita
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate
Ahli perniagaan dipenjara 6 bulan cederakan bekas teman wanita
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.