Malaysian Attention Engine
Live wire
48World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix46World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport45Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Insentif cukai i FB galak sektor korporat perkukuh food bank40Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi39Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202738PBB kecam sekatan AS terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa37Kawal ketat kegiatan pencampuran minyak demi imej negara - Pakar maritim36General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings36MVV 2.0 jadi pemangkin utama lonjak Negeri Sembilan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pesona kereta klasik iringi kempen kesihatan lelaki

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 07:05 MYTLatest activity 11 Oct, 07:05BMconfidence 60%

What happened

Pesona kereta klasik iringi kempen kesihatan lelaki (Harian Metro, 07:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pesona kereta klasik iringi kempen kesihatan lelaki

By Lizam Ridzuan · 11 Oct, 07:05 MYT

lizamridzuan@hmetro.com.my

LEBIH 100 peminat dan pemilik kereta klasik menyertai The Distinguished Gentleman's Drive (DGD) Kuala Lumpur 2026 yang menggabungkan minat terhadap kereta klasik dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.

Penganjuran baru-baru ini dianjurkan oleh Doplohtiga di bawah kendalian Ahmad Zaidi Masri, dengan peserta berkumpul di Rumah Kayu 1928 by Doplohtiga, Kuang, Selangor sebelum memulakan konvoi menuju Venturi Motors@Longhaus di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Peserta mula berkumpul seawal jam 8 pagi sebelum konvoi dilepaskan pada jam 9 pagi, dengan barisan kereta klasik menjadi tarikan utama sepanjang perjalanan.

Turut memeriahkan penganjuran itu ialah kehadiran selebriti tempatan, Joe Flizzow dan Wak Doyok yang menyertai komuniti peminat kereta klasik dalam acara berkenaan.

DGD Kuala Lumpur tahun ini turut menampilkan pendekatan tersendiri apabila peserta digalakkan mengenakan pakaian kemas atau 'dapper', seiring dengan identiti acara antarabangsa itu yang menggabungkan budaya kereta klasik dengan gaya hidup pemiliknya.

Penganjuran kali ini turut menyaksikan kira-kira AS$1,000 (sekitar RM4,000) dikumpulkan untuk menyokong Movember, organisasi global yang memberi tumpuan kepada isu kesihatan lelaki.

Doplohtiga sudah menjadi penganjur tempatan DGD Kuala Lumpur sejak acara itu diperkenalkan pada 2021, menjadikan edisi 2026 sebagai tahun keenam penganjuran di ibu negara.

Venturi Motors pula bertindak sebagai rakan kerjasama dan penaja lokasi destinasi, dengan ruang baharunya di Longhaus menjadi tempat peserta berkumpul selepas tamat konvoi.

Selain mempamerkan kereta klasik, program di lokasi berkenaan turut memberi penekanan kepada aspek kesihatan lelaki menerusi perkongsian Dr Madiha Fuad mengenai kesihatan mental.

Ahmad Zaidi berkata, walaupun kereta klasik menjadi elemen utama yang menyatukan peserta, tujuan penganjuran adalah untuk membuka ruang perbualan yang lebih luas mengenai isu kesihatan lelaki.

"Kereta klasik yang cantik membawa kita bersama, tetapi sebab kita berkumpul adalah jauh lebih penting. Kami berharap acara ini dapat menggalakkan lebih banyak perbualan terbuka mengenai kesihatan lelaki dan mengingatkan orang ramai supaya mengambil berat mengenai lelaki di sekeliling mereka," katanya.

Daripada aspek penyertaan, kenderaan yang menyertai DGD Kuala Lumpur secara amnya perlu dibina sebelum 31 Disember 1986, manakala kenderaan 'period-correct recreation' dan pengecualian tertentu tertakluk kepada peraturan rasmi acara.

DGD ialah acara permotoran antarabangsa yang diasaskan pada 2021, menggunakan komuniti kereta klasik sebagai platform untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.

Acara itu bekerjasama dengan Movember, organisasi kesihatan lelaki global yang memberi tumpuan kepada kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri, kanser prostat serta kanser testis.

Movember bermula pada 2003 di Melbourne, Australia daripada kempen menggunakan misai bagi mencetuskan perbualan mengenai kesihatan lelaki sebelum berkembang menjadi gerakan global.

Organisasi itu kini menyokong pelbagai program dan penyelidikan berkaitan kesihatan lelaki.

Kerjasama itu menjadikan DGD lebih daripada sekadar acara kereta klasik, sebaliknya platform komuniti yang menggunakan minat terhadap automotif untuk membuka ruang perbualan mengenai kesihatan lelaki.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:00
Latest 09:01 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 07:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pesona kereta klasik iringi kempen kesihatan lelaki · Malaysian Attention Engine