Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

PGA Sarawak rampas barangan bernilai RM 5.7 juta, tahan 35 individu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 17:12 MYTLatest activity 15 Oct, 17:12BMconfidence 60%

What happened

PGA Sarawak rampas barangan bernilai RM 5.7 juta, tahan 35 individu (Harian Metro, 17:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

PGA Sarawak rampas barangan bernilai RM 5.7 juta, tahan 35 individu

By Mohd Roji Kawi · 15 Oct, 17:12 MYT

mdroji@bh.com.my

Kuching: Seramai 35 individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak selepas 26 kejayaan direkodkan menerusi empat operasi penguatkuasaan dalam tempoh 1 hingga 14 Oktober lalu, dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM5.77 juta.

Komander PGA Briged Sarawak, Datuk Lim Bak Phai berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 24 warga tempatan dan 11 warga asing.

Beliau berkata, pelbagai kesalahan dikesan termasuk penyimpanan dan penjualan rokok serta minuman keras disyaki tidak bercukai, penyelewengan diesel, penyeludupan beras, kesalahan imigresen, pemilikan dadah serta pengedaran produk sejuk beku tanpa permit sah.

"Menerusi Ops Taring Alpha, sebanyak 18 kejayaan direkodkan di Kota Samarahan, Padawan, Sibu, Bau, Kuching, Miri, Serian dan Bintangor.

"Operasi itu membawa kepada rampasan 7,565 karton rokok, 30,957.67 liter minuman keras dan beberapa kenderaan, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM4.11 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Ops Taring Bravo pula mencatatkan dua kejayaan di Limbang dan Lundu, membabitkan rampasan 64,000 liter diesel, lima tangki jenis SKID, 25,000 kilogram beras serta dua lori.

Nilai keseluruhan rampasan menerusi operasi itu dianggarkan RM824,780.

"Bagi Ops Taring Batas/Awas, empat kejayaan direkodkan di Serian membabitkan kesalahan dadah, imigresen dan penyeludupan migran, dengan nilai rampasan RM135,792.97," katanya.

Sementara itu, Ops Taring Chiller mencatatkan dua kejayaan di Kuching dan Miri dengan rampasan 2,060 kilogram produk ayam sejuk beku, sebuah jentera angkat susun serta peralatan dan mesin pemprosesan ayam, bernilai keseluruhan RM702,230.

Lim berkata, semua individu ditahan dan barang rampasan diserahkan kepada jabatan serta agensi berkaitan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, PGA Briged Sarawak akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi membanteras kegiatan menyalahi undang-undang, selain melindungi keselamatan serta kepentingan negeri Sarawak.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:03 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 17:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.