Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewConfirmedupdated 2 h ago

Phi Kun Pan tempah tiket ke Piala Dunia MTB

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 17:12 MYTLatest activity 15 Oct, 18:00BMconfidence 80%

What happened

Alor Setar: Atlet berbasikal bukit (MTB) Kedah, Phi Kun Pan mencipta sejarah peribadi apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Basikal Bukit Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2027 di Perancis pada Ogos tahun depan. (Harian Metro, 17:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Phi Kun Pan tempah tiket ke Piala Dunia MTB

By BERNAMA · 15 Oct, 17:12 MYT

Alor Setar: Atlet berbasikal bukit (MTB) Kedah, Phi Kun Pan mencipta sejarah peribadi apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Basikal Bukit Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2027 di Perancis pada Ogos tahun depan.

Kejayaan meraih 'Golden Ticket' itu disahkan selepas pelumba berusia 23 tahun berkenaan mempamerkan aksi cemerlang dalam acara Cross-Country Olympic (XCO) di Guiyang, China, baru-baru ini, sekali gus mengumpul mata merit yang mencukupi untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij berkenaan.

Phi Kun Pan berkata, kejayaan itu membangkitkan keterujaan dan menjadi pembakar semangat untuknya meningkatkan intensiti latihan sebagai persiapan menghadapi cabaran di pentas dunia.

"Perasaan saya memang sangat gembira dan kejayaan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berlatih bersungguh-sungguh.

"Ini merupakan pentas antarabangsa pertama saya yang menghimpunkan pelumba dari seluruh dunia, memandangkan sebelum ini saya lebih banyak bersaing dengan pelumba dari rantau Asia sahaja.

"Kejohanan ini meningkatkan semangat dan keyakinan saya terhadap kemampuan diri. Sasaran saya di Piala Dunia nanti adalah untuk membawa pulang kemenangan buat negara, menimba sebanyak mungkin pengalaman serta mempelajari perkara baharu," katanya kepada Bernama, hari ini.

Mengulas persiapan semasa, Phi Kun Pan berkata, program latihannya berjalan seperti biasa, namun dia sedikit terkilan kerana jurulatih yang sentiasa membimbingnya kini kurang sihat.

Katanya, setakat ini dia bebas daripada sebarang kecederaan dan bertekad untuk memberikan persembahan terbaik pada kejohanan berkenaan.

"Saya berharap semua pihak dapat mendoakan kejayaan dan keselamatan saya sepanjang bersaing di Piala Dunia 2027 nanti.

"Sebelum memulakan cabaran pada 2027, saya akan menyertai beberapa lagi siri pertandingan dalam kalendar perlumbaan tahun ini," katanya.

Sebelum ini, Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah menerusi kenyataan rasmi di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Phi Kun Pan atas pencapaian membanggakan itu, yang sekali gus mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow18:00
Latest 18:03 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 17:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Phi Kun Pan layak ke Piala Dunia MTB 2027
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.