
Piala Asia 2027 mungkin ditunda ke 2028
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Zurich: Kejohanan Piala Asia 2027 di Arab Saudi berkemungkinan ditunda selama setahun ke 2028 susulan ketegangan keselamatan di rantau Asia Barat, namun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) belum bersedia membuat keputusan dalam masa terdekat. (Harian Metro, 16:56)
Read the reporting
1 report
Piala Asia 2027 mungkin ditunda ke 2028
Zurich: Kejohanan Piala Asia 2027 di Arab Saudi berkemungkinan ditunda selama setahun ke 2028 susulan ketegangan keselamatan di rantau Asia Barat, namun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) belum bersedia membuat keputusan dalam masa terdekat.
Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa sebelum menentukan nasib kejohanan bola sepak terbesar Asia itu.
Beliau berkata, AFC mempunyai masa sehingga penghujung November ini untuk membuat keputusan berhubung kemungkinan penundaan kejohanan berkenaan.
"Kami boleh menunggu sehingga penghujung November. Keadaan di rantau ini boleh berubah dengan pantas, sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya.
"Jika perlu membuat keputusan, kami akan melakukannya. Kami juga boleh menunda kejohanan selama setahun ke 2028 jika keadaan memerlukan.
"Buat masa ini, kami masih memantau situasi dan segala persiapan berjalan mengikut jadual," katanya kepada pemberita di Zurich, Switzerland pada Rabu.
Piala Asia 2027 dijadual berlangsung bermula 7 Januari tahun depan di tiga bandar utama Arab Saudi iaitu Jeddah, Riyadh dan Al Khobar, membabitkan penyertaan 24 pasukan.
Bagaimanapun, situasi keselamatan di negara itu menjadi perhatian selepas serangan berterusan kumpulan Houthi yang disokong Iran mencetuskan peningkatan ketegangan konflik di rantau berkenaan.
Kesan daripada perkembangan itu turut dirasai dalam arena sukan apabila perlawanan Liga Juara-Juara Asia membabitkan kelab Al Nassr yang dibintangi Cristiano Ronaldo ditangguhkan selama sejam pada Isnin lalu.
Penangguhan itu berlaku selepas gabungan ketenteraan diketuai Arab Saudi memaklumkan pihaknya memintas peluru berpandu yang dilancarkan ke arah Riyadh.
Tiga perlawanan bola sepak domestik Arab Saudi, termasuk aksi membabitkan Al Nassr, turut ditangguhkan minggu ini.
Kejohanan tenis jemputan Six Kings Slam yang dijadual menampilkan bintang seperti Novak Djokovic, Carlos Alcaraz dan Alexander Zverev juga ditunda ke penghujung Disember.
Sementara itu, Australia yang merupakan antara 24 pasukan bakal beraksi di Piala Asia 2027 berkata pihaknya sedang memantau rapat perkembangan keselamatan di Arab Saudi.
Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Korea Selatan (KPFA) turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pemain yang bakal menyertai kejohanan itu.
Presidennya, Lee Keun-ho berkata, ketegangan ketenteraan dan ketidakstabilan keselamatan di Asia Barat tidak boleh dipandang ringan.
"Tiada nilai sesebuah kejohanan yang boleh mengatasi kepentingan nyawa dan keselamatan pemain serta peminat bola sepak," katanya menurut agensi berita Yonhap.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:56
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.