Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pilih bereksperimen, K.O.I tak minat guna AI

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:32 MYTLatest activity 14 Oct, 13:32BMconfidence 60%

What happened

Pilih bereksperimen, K.O.I tak minat guna AI (Harian Metro, 13:32)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pilih bereksperimen, K.O.I tak minat guna AI

By Ramlah Zainal · 14 Oct, 13:32 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : "Kita tak cakap teknologi Kecerdasan Buatan (AI) tidak bagus kerana kita pun ambil 'input' dan belajar kenapa orang suka lagu AI di YouTube."

Demikian kata anggota Kumpulan K.O.I, Achoi Floor 88, ketika diminta mengulas karya atau lagu yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang hangat diperkatakan ramai.

Achoi berkata, mereka juga tidak ada isu berkaitan penggunaan AI oleh segelintir pihak dalam menghasilkan lagu dan sebagainya.

"Macam AI ini, kita tak ada isu pun walaupun tidak menggunakan teknologi AI untuk hasilkan lagu.

"Tapi, kita faham kenapa orang pakai AI. Ada dua perkara sama ada mereka berminat untuk menjadi komposer atau artis tapi tiada duit.

"Sebab kita tahu kalau nak pakai studio rakaman, kosnya mahal dan kadang-kadang keinginan mereka nak jadi anak seni dan penghibur itu tak dapat, jadi mungkin sebab itu mereka pilih buat lagu AI. Bagi saya, tak salah untuk orang buat lagu secara suka-suka sebab 'passion'," katanya ketika ditemui media di sini.

Bagaimanapun, kata Achoi lagi, apa yang menjadi kesalahan bila teknologi AI itu disalahgunakan pihak tertentu.

"Apa yang salah bila mereka hasilkan sesuatu lagu AI dan bagi pada orang lain dan menipu dengan cakap lagu itu mereka yang hasilkan. Bila orang ambil lagu itu dan tiba-tiba lagu itu meletup dan boleh dapat royalti.

"Tapi sekarang kita sudah dapat kesan lagu AI dan automatik dia tak dapat royalti sebaliknya akan dapat kecaman dan benda yang negatif. Jadi, bagi saya perkara itu tidak elok," katanya.

Ditanya kenapa kumpulan yang dikenali dengan lagu Tiwikarma itu tidak berminat menggunakan teknologi AI pula, kata Achoi, mereka lebih banyak bereksperimen dalam karya dihasilkan.

"Kami agak sukar sikit untuk buat lagu dengan sentuhan AI kerana ia bukan cerita pasal lagu tetapi kami terpaksa banyak bereksperimen dalam muzik.

"Tapi, bila kita tengok lagu AI di YouTube, kita juga dapat belajar cord yang diguna pakai seperti 'easy listening'," katanya.

Terdahulu, segelintir penggiat seni meluahkan rasa terkilan terhadap peminat muzik yang dilihat lebih memberikan sokongan kepada karya berunsurkan AI berbanding karya asli sedangkan ia tidak akan mampu menandingi keupayaan manusia dalam menghasilkan karya seni yang mempunyai nilai emosi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:00
Latest 14:42 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 13:32 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:32

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.