
PN diselamatkan daripada jadi cagaran, mahar politik – Ahmad Fadhli
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) didakwa telah diselamatkan daripada pihak yang merancang menjadikan gabungan itu sebagai bahan cagaran dan mahar politik. (Utusan Malaysia, 14:50)
Read the reporting
1 report
PN diselamatkan daripada jadi cagaran, mahar politik – Ahmad Fadhli
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) didakwa telah diselamatkan daripada pihak yang merancang menjadikan gabungan itu sebagai bahan cagaran dan mahar politik.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, gabungan itu dirancang untuk dijadikan hantaran penyatuan dua pihak yang selama ini berunding secara senyap.
“Hakikatnya PN telah diselamatkan daripada pihak yang merancang untuk menjadikannya bahan cagaran, mahar politik dan hantaran penyatuan dua pihak yang selama ini berunding di dalam senyap.
“Jika dengan kuasa nipis di dalam parti yang kecil sahaja pun mereka sanggup merayu untuk saling menyokong satu sama lain atas semangat ‘kekanda dan adinda’, apatah lagi jika PN masih kekal bersama mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Hari ini, Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran PN di bawah Subperenggan 13 (1) (c) (iv) Akta Pertubuhan 1966.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu setelah pihaknya mengeluarkan notis pada 22 September. – UTUSAN
The post PN diselamatkan daripada jadi cagaran, mahar politik – Ahmad Fadhli appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.