
Polis nafi warga Bangladesh protes di Bukit Bintang, video tular palsu, disunting guna AI
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Polis nafi warga Bangladesh protes di Bukit Bintang, video tular palsu, disunting guna AI (Google News · video tular (BM), 22:06)
Read the reporting
2 reports
Polis nafi warga Bangladesh protes di Bukit Bintang, video tular palsu, disunting guna AI
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis menafikan dakwaan warga Bangladesh mengadakan protes di Bukit Bintang, di sini, seperti dipaparkan sebuah video tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, semakan mendapati video berkenaan menggunakan rakaman sambutan Tahun Baharu 2022 yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata, rakaman turut memaparkan keadaan Bangunan Yayasan Selangor yang lama dan usang, sekali gus membuktikan ia bukan rakaman semasa.
"Tiada sebarang perhimpunan membabitkan warga Bangladesh atau mana-mana pihak di Bukit Bintang sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.
"Isu yang dilaungkan dalam video berkenaan pula berkaitan tuntutan pembentukan Bahagian Comilla di Bangladesh pada 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan orang ramai berkumpul di kawasan didakwa Bukit Bintang.
Hantaran berkenaan menggunakan tajuk 'Warga Bangladesh berhimpun di Bukit Bintang, pihak berkuasa buat apa?' sehingga menimbulkan persoalan mengenai dakwaan perhimpunan warga asing di ibu negara.
Video turut memaparkan tulisan dalam bahasa Bengali berkaitan tuntutan pembentukan Bahagian Comilla sebagai bahagian pentadbiran baharu, di Bangladesh
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News · video tular (BM)22:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Google News · video tular (BM), Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.