
Nelayan Indonesia hanyut ke Pulau Tioman selamat dihantar pulang
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JOHOR BAHRU: Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru menguruskan penghantaran pulang seorang nelayannya yang ditemui hanyut sehingga perairan Pulau Tioman, dekat Pahang hari ini. (Berita Harian, 23:01)
Read the reporting
1 report
Nelayan Indonesia hanyut ke Pulau Tioman selamat dihantar pulang
JOHOR BAHRU: Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru menguruskan penghantaran pulang seorang nelayannya yang ditemui hanyut sehingga perairan Pulau Tioman, dekat Pahang hari ini.
Pegawai Pelaksana Fungsi Konsular 3 KJRI Johor Bahru, Dhania Afini Lestari, berkata pihaknya bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
"Selepas berjaya diselamatkan, mangsa menjalani pemeriksaan kesihatan serta diberikan bantuan penginapan sementara dan bekalan logistik.
"Proses penghantaran pulang dilakukan hari ini, di mana mangsa diiringi Maritim Malaysia Pahang sebelum diserah terima kepada pihak berkuasa sempadan Indonesia di titik sempadan perairan kedua-dua negara pada jam 5 petang," katanya menerusi kenyataan.
Mangsa, Bachtiar yang berasal dari Kepulauan Anambas, Kepulauan Riau sebelum ini dilapor hilang selepas terpisah daripada bot dinaiki dua anaknya ketika keluar menangkap ikan pada 10 Oktober lalu.
Bot dinaiki mangsa dilaporkan kehabisan bahan api dan bekalan makanan sebelum dia akhirnya ditemui selamat di perairan Pulau Tioman, Khamis lalu.
KJRI Johor Bahru menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Marityim Malaysia Pahang atas kerjasama erat serta bantuan diberikan sepanjang proses pencarian sehinggalah mangsa selamat dihantar pulang.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian23:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.