
'Kita ada banyak kerja lain daripada nak atur khalwat' - Amirudin
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: PKR menafikan dakwaan bahawa parti itu memainkan isu pemimpin politik ditangkap khalwat sebagai taktik untuk melemahkan pihak lawan. (Berita Harian, 15:05)
Read the reporting
1 report
'Kita ada banyak kerja lain daripada nak atur khalwat' - Amirudin
KUALA LUMPUR: PKR menafikan dakwaan bahawa parti itu memainkan isu pemimpin politik ditangkap khalwat sebagai taktik untuk melemahkan pihak lawan.
Naib Presidennya, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan PKR tidak membawa isu peribadi untuk dijadikan asas pertarungan dan saingan politik.
"Kita pun ada banyak kerja lain daripada nak mengatur khalwat.
"Tidak pernah... tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Semarak Kasih Yayasan Selangor 2026, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang bekas menteri yang juga pemimpin politik ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di daerah Petaling Jaya.
Hari ini, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, dilapor mengesahkan beliau ialah antara dua individu yang ditahan JAIS, kelmarin.
Sementara itu mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pula, Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), berkata gabungan berkenaan sedang melakukan beberapa keputusan akhir.
"Saya menjangka dalam masa seminggu lagi, kita menetapkan beberapa hala tuju lebih jelas dalam pilihan raya berkenaan.
"Kita akan menawarkan calon-calon yang baik... sekarang dalam peringkat akhir untuk ditapis," katanya.
Mengulas lanjut mengenai calon akan ditampilkan pada PRN Melaka, beliau berkata, parti akan mengetengahkan individu yang berbakti kepada masyarakat dan mempunyai pengalaman.
"Sesetengah kawasan itu kita hendak memberi peluang calon-calon untuk menimba pengalaman, terutama di kawasan yang mungkin sokongan asas agak rendah.
"Itu akan memberi pelan jangka panjang kepada parti dan juga gabungan PH," katanya.
Dalam pada itu, Amirudin turut menyentuh mengenai kerjasama dengan BERSATU, namun perkara berkenaan belum dimuktamadkan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.