
Polis siasat siapa tanam sawit di tanah bekas kebakaran hutan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA – Polis bersama pegawai tempatan memasang pita larangan menanam dan berkebun di tanah bekas kebakaran hutan di Dharmasraya, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita detiknews hari ini. (Kosmo!, 19:31)
Read the reporting
1 report
Polis siasat siapa tanam sawit di tanah bekas kebakaran hutan
JAKARTA – Polis bersama pegawai tempatan memasang pita larangan menanam dan berkebun di tanah bekas kebakaran hutan di Dharmasraya, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita detiknews hari ini.
Pemasangan pita larangan itu dilakukan berikutan penemuan anak-anak pokok kelapa sawit ditanam di lokasi tersebut.
Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di bawah pengawasan ketua polis Dharmasraya, AKBP Kartyana Widyarso Wardoyo Putro bersama pentadbir tempatan, Annisa Suci Ramadhani.
Langkah memasang halangan itu dinyatakan dalam akaun rasmi Annisa Suci. Beliau bersama anggota dan pegawai polis memeriksa kawasan bekas kebakaran hutan itu dan menemukan anak pokok kelapa sawit yang baru ditanam.
“Sudah ada anak pokok sawit. Membakar, apalagi di kawasan hutan. Bagaimana ini berlaku, siapa yang menanam ini?” tanya Annisa.
Menurutnya, kawasan hutan itu terbakar sejak pertengahan Ogos tahun ini. Dia kemudian meminta pokok sawit yang ditanam segera dicabut dan diganti dengan tanaman hutan. – AGENSI
The post Polis siasat siapa tanam sawit di tanah bekas kebakaran hutan appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!19:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.