
PPP sedia lawan DAP di dua kerusi bandar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MELAKA: Parti Progresif Penduduk ( PPP ) bersedia mencabar DAP di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. (Utusan Malaysia, 07:40)
Read the reporting
1 report
PPP sedia lawan DAP di dua kerusi bandar
MELAKA: Parti Progresif Penduduk ( PPP ) bersedia mencabar DAP di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Pengarah Pilihan Raya Negeri PPP Melaka, Sathiah Sudakaran berkata, dua kerusi yang menjadi sasaran parti itu ialah DUN Kota Laksamana dan Bandar Hilir yang kedua-duanya berada di bawah Parlimen Kota Melaka.
Katanya, PPP sebelum ini pernah bertanding di Kota Laksamana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, manakala kedua-dua kerusi berkenaan kini merupakan kawasan yang dimenangi DAP.
“Kami ada dua sasaran DUN kali ini untuk bertanding. Seperti yang dinyatakan Presiden kami, PPP akan fokus kepada dua DUN dan kerusi yang akan ditandingi itu ditentukan pimpinan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sathiah berkata, hasrat untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu sudah dimaklumkan Presiden PPP kepada Presiden dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, katanya, PPP belum menerima keputusan berhubung pembahagian kerusi dan masih menunggu hasil perbincangan antara pimpinan parti dengan BN.
“Kalau diberi peluang kepada PPP, kami berhasrat untuk bertanding dalam salah satu daripada dua kerusi ini.
“Terpulang kepada Pengerusi BN. Setakat ini kami belum menerima apa-apa berita berkenaan pembahagian kerusi, tetapi Presiden kami sedang berbincang dengan Pengerusi BN untuk mendapatkan kata putus,” katanya.
Mengulas persiapan menghadapi PRN Melaka, Sathiah berkata, jentera PPP kini sudah bersiap sedia dan akan dilancarkan pada bila-bila masa.
Katanya, PPP turut melaksanakan program anak angkat membabitkan enam kawasan Parlimen bagi membantu BN memenangi kerusi yang akan ditandingi pada PRN berkenaan.
“Kita mengambil enam Parlimen sebagai anak angkat, di mana setiap negeri akan mengambil alih satu Parlimen sebagai anak angkat dan membantu BN memenangi setiap kerusi yang akan ditandingi.
“Strategi kali ini lebih kepada memberi fokus kepada kerusi yang mempunyai majoriti tipis dan kerusi yang kita menangi pada 2022,” katanya.
Menurutnya, tumpuan turut diberikan kepada kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang tinggi serta mempunyai keahlian PPP. – UTUSAN
The post PPP sedia lawan DAP di dua kerusi bandar appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
