
'Saya hanya mampu menyebut 'Ya Allah, anak aku''
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
'Saya hanya mampu menyebut 'Ya Allah, anak aku'' (Harian Metro, 13:28)
Read the reporting
2 reports
'Saya hanya mampu menyebut 'Ya Allah, anak aku''
am@hmetro.com.my
Batu Pahat: "Sehari sebelum kemalangan, arwah beria-ia meminta saya membelikan blaus putih. Saya pelik kerana arwah jarang memakai pakaian warna itu," kata Hamidah Sulaiman, 66.
Hamidah ialah ibu kepada Siti Nur Batrisya Mohd Khalid, 22, dan ibu saudara kepada Siti Nurmaisarah Abd Jalil, 22, yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar susulan kemalangan dengan lori.
Nahas 4.15 petang itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja tidak jauh dari pekan Yong Peng.
Hamidah berkata, dia mengetahui mengenai kemalangan itu selepas rasa tidak sedap hati apabila lokasi telefon anak dan anak saudaranya terhenti, selain mendapati mereka tidak muncul dalam siaran langsung di TikTok seperti yang dirancang.
"Pada hari kejadian, arwah anak dan anak saudara keluar ke tempat kerja kira-kira 3 petang dan mereka sepatutnya membuat siaran langsung di TikTok sejam kemudian.
"Bagaimanapun, sehingga 4 petang, mereka tidak muncul dalam siaran langsung.
"Saya kemudian menghubungi suami, Mohd Halid Suboh, 57, dan memintanya menyemak lokasi mereka kerana kami menggunakan ciri lokasi masa nyata," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), hari ini.
Hamidah berkata, suami memberitahu lokasi terhenti di tempat yang tidak pernah mereka singgah sebelum ini dalam tempoh agak lama iaitu setengah jam.
Katanya, situasi itu menyebabkan hatinya mula gelisah dan keluar untuk melihat sendiri sama ada kedua-duanya sudah tiba di tempat kerja atau sebaliknya.
"Sebaik tiba di Jalan Yong Peng, keadaan trafik sesak teruk, ketika itu baru saya tahu mereka terbabit dalam kemalangan.
"Apabila melihat keadaan kereta mereka, saya hanya mampu menyebut, 'Ya Allah, anak aku'.
"Saya memang mengenali keretanya dan pada mulanya tidak tahu mereka sudah meninggal dunia," katanya.
Hamidah berkata, sehari sebelum kejadian, Siti Nur Batrisya yang juga anak bongsu dan mesra dipanggil 'adik' turut menunjukkan kelakuan berbeza apabila beberapa kali melambai kepadanya ketika keluar bekerja.
"Dia tidak pernah melambai seperti itu. Malah, beberapa hari sebelum kejadian, arwah merenung wajah saya agak lama.
"Apabila saya bertanya, dia tidak menjawab. Banyak soalan saya ajukan tetapi dia tidak menjawab," katanya.
Menurutnya, Siti Nur Batrisya dan Siti Nurmaisarah sangat rapat sejak kecil.
"Mereka anak yang patuh dan tidak lokek. Mereka juga suka memberi makan kepada kucing yang ditemui di mana-mana.
"Kadangkala, mereka sanggup membawa pulang kucing itu ke rumah," katanya.
Terdahulu, dua wanita maut selepas kereta terbakar susulan kemalangan dengan lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini, semalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.