
Program MENTARI bantu pesakit kembali bekerja
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kesedaran pentingnya saringan awal masalah kesihatan mental semakin meningkat dengan jumlah individu melakukan ujian kendiri melalui portal Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) bagi tempoh 2023 hingga September lalu mencecah lebih sejuta. (Berita Harian, 10:58)
Read the reporting
1 report
Program MENTARI bantu pesakit kembali bekerja
KUALA LUMPUR: Kesedaran pentingnya saringan awal masalah kesihatan mental semakin meningkat dengan jumlah individu melakukan ujian kendiri melalui portal Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) bagi tempoh 2023 hingga September lalu mencecah lebih sejuta.
Daripada jumlah berkenaan, pesakit yang hadir untuk janji temu dan rawatan lanjut secara bersemuka bagi tempoh sama mencecah 213,412, dengan tumpuan kepada individu yang ingin kembali ke alam pekerjaan.
Jumlah individu hadir janji temu turut merekodkan peningkatan ketara daripada sekitar 38,586 pada 2023 kepada 52,846 pada 2024 dan bertambah kepada 60,853 tahun lalu, manakala dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini merekodkan 61,127 orang.
MENTARI adalah inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) yang menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dengan kepakaran psikiatri berasaskan komuniti, memudahkan akses kepada saringan, intervensi awal, rawatan awal dan berterusan, pemulihan psikiatri serta sokongan pekerjaan.
Pakar Perubatan Psikiatri Hospital Selayang, Dr Mohamad Ayob Ismail yang berkhidmat di MENTARI Selayang, memaklumkan kebanyakan pesakit mental hadir mendapatkan bantuan psikiatri di MENTARI adalah dewasa tidak bekerja atau berdepan kesukaran di tempat kerja.
"Golongan itu juga menjadi sasaran MENTARI yang fokus kepada program sokongan pekerjaan meliputi intervensi konsultasi doktor, kaunseling, rawatan psikoterapi, proses pencarian majikan dan padanan kerja serta pemantauan.
"Langkah ini bagi memastikan pesakit mental yang kembali bekerja memiliki daya tahan tinggi dan mampu melakukan tugasan dengan baik. Khidmat kesihatan mental di klinik kesihatan dan MENTARI adalah perkhidmatan saling melengkapi dalam sistem penjagaan kesihatan mental KKM.
"MENTARI juga menjalin kerjasama dengan sukarelawan dan pelbagai agensi kerajaan, termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu rehabilitasi pesakit. Kerjasama juga dijalin dengan pihak swasta yang menawarkan pekerjaan kepada pesakit mental," katanya kepada BH.
Berbeza dengan klinik kesihatan, katanya, MENTARI lebih berfokus, rawatannya sasarkan golongan dewasa, sama ada yang pernah bekerja atau berdepan masalah kesihatan mental dan terpaksa berhenti atau mereka tidak pernah bekerja dan sedang cari kerja bersesuaian.
"Program rehabilitasi pekerjaan ini diadakan di setiap MENTARI. Kita ada pelbagai kepakaran daripada doktor psikiatri, juru pulih cara kerja, kaunselor dan paramedik, bahkan kita juga bantu klien (pesakit) untuk cari kerja, padankan kemahiran mereka dengan kerja bersesuaian dan turut jadi orang tengah mencari majikan yang berminat.
"Program sokongan pekerjaan ini ada yang kita kendalikan sendiri, selain bekerjasama dengan PERKESO. Bagi program bersama PERKESO, ia dinamakan RESTART dan sudah dimulakan sejak 2020, membabitkan semua MENTARI.
"Ia bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan turut meningkatkan bilangan pesakit mental untuk diambil bekerja dan mencarum kepada PERKESO supaya dapat dilindungi dan mendapat manfaat daripada caruman mereka," katanya.
Sejak program berkenaan dilaksanakan, katanya, 2,316 kes pesakit dirujuk kepada PERKESO dengan 524 kes sudah ditempatkan bekerja melalui kerjasama itu, manakala bagi program sokongan pekerjaan dilaksanakan MENTARI sendiri, jumlah pesakit mental menunjukkan perkembangan positif dalam kesihatan dan sudah boleh bekerja turut meningkat.
"Kadar keberkesanan program sokongan pekerjaan di bawah MENTARI pada tahap 76 peratus. Contohnya tahun lalu, purata kes sebulan adalah 1,393 dan yang berjaya kembali ke alam pekerjaan 76 peratus, maksudnya lebih 1,000 dapat kembali bekerja menerusi pelbagai perkhidmatan rawatan yang kita sediakan.
Katanya, majikan juga sepatutnya memanfaatkan MENTARI untuk mencari pekerja mengikut kriteria dimahukan kerana pusat berkenaan boleh berperanan sebagai orang tengah membantu aspek pemulihan, kenal pasti kelemahan dan perbetul masalah tingkah laku serta keadaan dihadapi pekerja.
"Sebab itu amat digalakkan untuk majikan menyertai program ini sebab biasanya mereka akan tahu apa penyakit dihidapi pekerja. Kalau ada masalah (berkaitan kerja), mereka ada orang tengah iaitu kami di MENTARI dan PERKESO. Jadi, tidaklah majikan terus hentikan pekerja serta-merta tanpa sempat pekerja bela diri," katanya.
"Misalnya kalau majikan rasa pekerja tak produktif, selalu tertidur atau lambat dalam pergerakan, mereka boleh maklumkan untuk kami lihat apa yang boleh dilakukan, sama ada tanya pekerja itu apa masalahnya, adakan kaunseling, beri nasihat, selain teliti semula dos atau jenis ubat," katanya.
Tambahnya, majikan yang menggajikan pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) juga layak menuntut pelbagai insentif dan pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah Akta Cukai Pendapatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.