
Projek CCUS pacu industri besi dan keluli rendah karbon
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang melaksanakan projek rintis pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di sebuah kilang besi dan keluli di Pantai Timur yang dijangka dimuktamadkan pada akhir 2027. (Berita Harian, 23:05)
Read the reporting
1 report
Projek CCUS pacu industri besi dan keluli rendah karbon
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang melaksanakan projek rintis pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di sebuah kilang besi dan keluli di Pantai Timur yang dijangka dimuktamadkan pada akhir 2027.
Dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen hari ini, MITI memaklumkan projek itu dijangka menyediakan gambaran jelas mengenai kos dan data pelaporan.
Maklumat berkenaan boleh dijadikan panduan untuk menilai kesesuaian kaedah CCUS bagi industri besi dan keluli serta rantaian bekalannya, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Sektor besi dan keluli diberi tumpuan kerana terdedah kepada keperluan pelaporan karbon antarabangsa seperti Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon Kesatuan Eropah (EU-CBAM) serta merupakan penyumbang utama pelepasan karbon dalam sektor Proses Perindustrian dan Penggunaan Produk (IPPU).
"Di samping itu, langkah mitigasi menerusi kecekapan tenaga dan penggunaan tenaga boleh baharu semata-mata tidak berupaya mengurangkan pelepasan karbon daripada proses pengeluaran besi dan keluli, justeru CCUS merupakan pelengkap penting dalam laluan penyahkarbonan industri ini," menurut MITI.
Kementerian itu menjelaskan perkara berkenaan ketika menjawab pertanyaan Dr Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai langkah membantu PMKS dalam sektor pembuatan membangunkan data pelepasan karbon yang boleh diaudit.
Pertanyaan itu turut menyentuh usaha membantu PMKS memenuhi keperluan EU-CBAM serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam rantaian bekalan global, selain memperluas penggunaan i-ESGReady dan i-ESGStart.
MITI melalui Malaysia Steel Institute (MSI) juga membangunkan Kerangka ESG Industri Besi dan Keluli bagi membantu syarikat melaksanakan proses ESG secara berstruktur, merangkumi penilaian, pendedahan, pelaporan dan pengesahan data karbon.
"Pendekatan itu termasuk latihan dan pembangunan kapasiti, penilaian ESG khusus industri, pengumpulan data dan pelaporan secara sistematik, kebolehkesanan serta kebolehauditan data, penarafan dan penambahbaikan berterusan selain khidmat konsultansi dan bimbingan khususnya kepada PMKS yang tidak mempunyai pegawai ESG atau kemampanan sepenuh masa," menurut kementerian itu.
MITI turut memperkenalkan i-ESGStart sebagai panduan asas bagi membantu industri pembuatan, termasuk PMKS, mengadaptasi amalan ESG.
Panduan itu merangkumi pelaporan kemampanan dan pengiraan pelepasan gas rumah hijau selaras dengan keperluan pasaran serta piawaian antarabangsa.
"Bagi memperluas penggunaan i-ESGReady dan i-ESGStart, MITI akan terus mempromosikan kedua-dua instrumen ini dalam program kesedaran dan pembangunan kapasiti ESG bersama wakil industri.
"Pendekatan ini akan diberi tumpuan kepada PMKS, khususnya syarikat pembuatan yang terlibat dalam rantaian bekalan global dan berhadapan dengan peningkatan keperluan ESG serta pelaporan karbon," menurut MITI.
– BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian23:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.