Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM45General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris44General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra43Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar40Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar
NewConfirmedupdated 4 h ago

Protes Gen Z ubahNew Delhi jadi kubu pertahanan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 09:30 MYTLatest activity 11 Oct, 09:30BMconfidence 55%

What happened

NEW DELHI: Sebahagian kawasan di ibu negara India berubah menjadi kubu pertahanan dengan puluhan ribu anggota keselamatan dikerahkan menjelang protes besar-besaran yang diseru gerakan diterajui Generasi Z (Gen Z) semalam. (Utusan Malaysia, 09:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Protes Gen Z ubah New Delhi jadi kubu pertahanan

By .WARTAWAN LUAR NEGARA · 11 Oct, 09:30 MYT

NEW DELHI: Sebahagian kawasan di ibu negara India berubah menjadi kubu pertahanan dengan puluhan ribu anggota keselamatan dikerahkan menjelang protes besar-besaran yang diseru gerakan diterajui Generasi Z (Gen Z) semalam.

Protes anjuran Cockroach Janata Party (CJP), sebuah gerakan satira pimpinan golongan muda, merupakan kemuncak mobilisasi pembangkang selama beberapa minggu berhubung dakwaan salah laku dalam proses semakan daftar pemilih di seluruh negara.

Desakan itu tercetus selepas satu laporan akhbar bulan lalu mendakwa berlaku salah laku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI) dalam proses semakan daftar pemilih.

ECI menolak dakwaan berkenaan dan menjelaskan proses yang dikenali sebagai ‘semakan intensif khas’ itu bertujuan menghapuskan nama pemilih berulang serta individu yang tidak layak mengundi.

Bagaimanapun, parti pembangkang dan pengkritik mendakwa proses tersebut berpotensi menafikan hak mengundi sebahagian rakyat, sekali gus memberi kelebihan kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Menjelang demonstrasi itu, polis India menahan ketua gerakan CJP, Abhijeet Dipke, bersama dua lagi pemimpin parti berkenaan ketika mereka berada di dalam pesawat sebelum turun di New Delhi, menurut kenyataan CJP di media sosial.

Polis mengesahkan tidak memberikan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu, manakala semua jalan menuju Jantar Mantar, lokasi utama demonstrasi, ditutup menggunakan penghadang besi.

Lebih 30,000 anggota polis dan pasukan separa tentera dikerahkan di ibu negara itu, sementara pihak berkuasa menggesa orang ramai menjauhi kawasan demonstrasi.

Beberapa perkhidmatan kereta api ke New Delhi turut dibatalkan, manakala polis mengarahkan puluhan stesen metro ditutup bagi menghalang penunjuk perasaan daripada berkumpul.

Perkhidmatan internet mudah alih dalam radius empat kilometer dari kawasan protes turut diarahkan digantung dari 9 Oktober hingga petang semalam.

Demonstrasi itu dilihat sebagai ulangan gerakan mobilisasi besar-besaran pada Julai lalu yang membawa kepada peletakan jawatan menteri pendidikan susulan skandal peperiksaan.

Kali ini, CJP dan penyokongnya menuntut Ketua ECI, Gyanesh Kumar, meletakkan jawatan sebagai membantah dakwaan salah laku dalam proses semakan daftar pemilih itu. – BBC/AFP

The post Protes Gen Z ubah New Delhi jadi kubu pertahanan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:0011:0012:0013:00
Latest 13:09 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
11 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.