Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

PROTON tawar kos penyelenggaraan kenderaan kompetitif

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:39 MYTLatest activity 14 Oct, 13:39BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: PROTON terus meningkatkan nilai pemilikan kenderaannya menerusi kos penyelenggaraan kompetitif bagi Saga serba baharu dan Proton S70, selain pelaburan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan. (Berita Harian, 13:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

PROTON tawar kos penyelenggaraan kenderaan kompetitif

By Lizam Ridzuan · 14 Oct, 13:39 MYT

KUALA LUMPUR: PROTON terus meningkatkan nilai pemilikan kenderaannya menerusi kos penyelenggaraan kompetitif bagi Saga serba baharu dan Proton S70, selain pelaburan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan.

Langkah itu bertujuan membantu pelanggan mengawal perbelanjaan sepanjang tempoh pemilikan, termasuk kos servis berkala serta kemudahan mendapatkan alat ganti dan perkhidmatan yang boleh dipercayai.

Kajian PROTON menunjukkan Proton S70 enjin aspirasi semula jadi mencatatkan anggaran kos penyelenggaraan lima tahun sebanyak RM4,010.59, iaitu kira-kira RM1,591 lebih rendah berbanding pesaing pertama dan RM433 berbanding pesaing kedua.

Bagi tempoh 10 tahun, kos penyelenggaraan S70 dianggarkan RM9,070.09, dengan penjimatan masing-masing sekitar RM2,191 dan RM1,252 berbanding dua model penanda aras.

Sementara itu, S70 enjin turbo turut menawarkan kos penyelenggaraan kompetitif, dengan anggaran penjimatan kira-kira RM1,076 dalam tempoh lima tahun berbanding pesaing pertama.

Bagi tempoh 10 tahun, penjimatan masing-masing dianggarkan RM1,575 dan RM629 berbanding dua model penanda aras.

Pengarah Selepas Jualan PROTON, Wan Hazran Wan Mustafa, berkata syarikat memberi tumpuan kepada gabungan kos servis kompetitif, juruteknik terlatih, alat ganti tulen dan akses mudah kepada pusat servis sah bagi meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap pemilikan kenderaan mereka.

"Seiring peningkatan jualan kenderaan Proton, pelanggan kami mahu yakin bahawa kos penyelenggaraan kenderaan mereka kekal berpatutan dan sokongan yang boleh dipercayai serta mudah diperoleh," katanya.

Saga serba baharu pula menawarkan anggaran kos penyelenggaraan lima tahun bermula RM3,357, dengan penjimatan sekitar RM174 bagi varian automatik empat kelajuan dan RM64 bagi CVT berbanding model jenama nasional yang dijadikan penanda aras dalam kajian.

Kedua-dua model turut menawarkan manfaat servis tanpa caj upah, iaitu enam sesi bagi S70 dan tiga sesi bagi Saga.

Bagaimanapun, pelanggan masih perlu membayar alat ganti, bahan pelincir dan item lain yang berkaitan.

Kajian berkenaan mengambil kira penyelenggaraan berjadual, penggantian komponen yang ditetapkan, caj upah dan cukai berkaitan, berdasarkan perjalanan 100,000 kilometer dalam tempoh lima tahun serta 200,000 kilometer bagi 10 tahun.

Dalam usaha menambah baik sokongan selepas jualan, PROTON mempunyai 178 pusat 3S/4S setakat Jun 2026, selain Pusat Alat Ganti Serantau di Kuching dan Kota Kinabalu bagi meningkatkan kecekapan pengedaran komponen di Malaysia Timur.

Inisiatif Faster & Better turut menetapkan sasaran servis pantas FS90, penyerahan kenderaan selepas servis dalam satu hari serta tempoh kerja dalam proses tidak melebihi tiga hari.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:00
Latest 14:42 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 13:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.