Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47Hakim Danish jadi tarikan, 80 peratus tiket MotoGP Malaysia 2026 terjual47Orang utan rescued in Indonesia fires ‘walked through’ flames, says nonprofit CEO46Waspada pakej umrah, haji tawar harga tidak munasabah - Zulkifli45Karnival Kita Palma perkasa gerakan komuniti41Politics : DAP Not Responsible For N.Sembilan Political Turmoil - Loke39General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am39Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar39General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings37Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan - Ahmad Zahid37General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia35Firefly batal semua penerbangan berjadual Subang-Singapura dari 10 hingga 12 Oktober
NewConfirmedupdated 1 h ago

PU Syed bimbang akidah umat Islam susulan ritual tular

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
31
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 16:25 MYTLatest activity 11 Oct, 17:23BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri, menyifatkan dakwaan seorang remaja lelaki Melayu terbabit dalam ritual keagamaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini sebagai isu serius yang perlu diteliti kerana menyentuh soal akidah umat Islam. (Berita Harian, 16:25)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

PU Syed bimbang akidah umat Islam susulan ritual tular

By Syafil Syazwan Jefri · 11 Oct, 16:25 MYT

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri, menyifatkan dakwaan seorang remaja lelaki Melayu terbabit dalam ritual keagamaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini sebagai isu serius yang perlu diteliti kerana menyentuh soal akidah umat Islam.

PU Syed berkata, perbuatan yang tular di media sosial itu menimbulkan kebimbangan, terutama apabila kandungan sedemikian tersebar luas dan berpotensi mempengaruhi masyarakat yang kurang mendalami ilmu agama.

Menurutnya, insiden itu mengingatkannya kepada liputan kes ajaran sesat Ayah Pin sekitar tahun 2000, namun penyebaran maklumat melalui media sosial hari ini menjadikan sesuatu isu lebih mudah mendapat perhatian umum dalam tempoh singkat.

"Dahulu pada zaman kes Ayah Pin, maklumat terhad kepada media cetak kerana internet dan media sosial belum meluas. Namun, hari ini, perbuatan sebegini tersebar luas dengan pantas sebaik sahaja isu itu tercetus.

"Perbuatan ini jelas membawa kepada syirik kepada Allah SWT. Dosa syirik adalah dosa paling besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali jika individu berkenaan bertaubat," katanya kepada BH Online.

Mengulas pembabitan individu yang didakwa mempunyai pertalian dengan penggiat seni tempatan, PU Syed berkata, isu berkenaan berpotensi memberi kesan negatif kepada masyarakat sekiranya dijadikan ikutan, khususnya oleh golongan yang cetek pengetahuan agama.

Katanya, perbuatan yang dianggap bercanggah dengan ajaran Islam tidak seharusnya dipaparkan atau dinormalisasikan sehingga boleh mempengaruhi pegangan akidah umat Islam.

"Nabi SAW pernah mengingatkan dalam sabdanya bahawa sesiapa yang memulakan sesuatu jalan atau perbuatan yang buruk, dia bukan sahaja menanggung dosanya sendiri, tetapi turut memikul dosa orang lain yang mengikut perbuatan berkenaan.

"Berdasarkan pemerhatian saya, individu ini kelihatan sedar dengan apa yang dilakukan dan mengetahui bahawa perbuatan itu haram serta syirik. Tindakan mendedahkannya di media sosial secara sengaja adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.

Sehubungan itu, PU Syed menggesa pihak berkuasa agama supaya menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, bagi mengelakkan isu berkaitan akidah terus mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Dalam perkembangan sama, PU Syed berpandangan kandungan media seperti drama dan siri dalam talian yang mengetengahkan unsur kebudayaan atau keagamaan luar mungkin turut mempengaruhi pemikiran serta perlakuan sesetengah golongan muda.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:00
Latest 17:27 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 16:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.