Malaysian Attention Engine
Live wire
56Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar50'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor46Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’43DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain42General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan4227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti41Business : DNB To Accelerate 5G Adoption, Drive Business Gains39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Abbe Hae didakwa ditahan polis36Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’36General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 1
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Puteri Aishah dedah punca lama tidak berlakon filem

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 10:58 MYTLatest activity 19 Oct, 10:58BMconfidence 60%

What happened

Puteri Aishah dedah punca lama tidak berlakon filem (Harian Metro, 10:58)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Puteri Aishah dedah punca lama tidak berlakon filem

By Puteri Alia Zanaruddin · 19 Oct, 10:58 MYT

puterialia@hmetro.com.my

Gombak: Mempunyai perasaan gementar dan kurang yakin ketika menghadiri uji bakat menjadi antara faktor pelakon, Puteri Aishah sudah lama tidak muncul di layar perak sejak filem sulungnya, Pulang pada 2018.

Menurut Puteri Aishah, 32, apabila perlu menjalani uji bakat untuk membintangi sesebuah filem menyebabkan dia akan berdepan kesukaran untuk berimaginasi bagi menghidupkan sesuatu watak.

"Bukan saya tidak mahu berlakon dalam filem atau tidak pernah mencuba, tetapi selepas membintangi Pulang, kebanyakan tawaran filem yang diterima memerlukan saya menghadiri uji bakat terlebih dahulu.

"Saya akui kurang mahir ketika uji bakat kerana susah hendak bayangkan situasi dalam babak diberikan, lebih-lebih lagi apabila tidak berlakon bersama pelakon sebenar atau berada di lokasi penggambaran sebenar.

"Berbeza dengan drama, saya terus berlakon bersama pelakon lain di lokasi sebenar," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman apabila tidak diterima dalam uji bakat, Puteri Sarah berkata, ia membuatkan dia berasa gementar, malah turut menjejaskan keyakinannya untuk mencuba uji bakat lain.

"Apabila pernah ditolak dalam uji bakat sebelum ini, saya menjadi gementar. Saya mula tertanya-tanya sama ada mampu membawa watak dengan baik apabila perlu berimaginasi tanpa bantuan pelakon sebenar," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia lebih yakin untuk menyampaikan dialog bersama pelakon sebenar berbanding sesi uji bakat yang memerlukannya berlakon bersama pengarah uji bakat.

"Kadang kala, apabila menyampaikan dialog bersama pelakon sebenar, saya lebih yakin. Namun, ketika uji bakat, saya perlu berlakon bersama pengarah uji bakat yang membaca dialog sebagai pasangan lakonan.

"Jika penyampaian dialog itu kurang membantu membina emosi, saya sukar untuk mendapatkan mood yang diperlukan," kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah membintangi drama Perempuan Sesudah Lafaz arahan Nizam Zakaria yang bakal disiarkan TV3. tidak lama lagi.

Drama berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Yusuf Bahrin, Riena Diana, Nora Danish, Syazwan Zulkifli dan Muhsin Nadzli.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 11:35 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 10:58 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    10:58

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.