
Qariah Malaysia johan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa, qari tempat kedua
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Selepas lebih 20 tahun mendalami ilmu al-Quran, usaha dan kesungguhan Nur Syakura Mohamad Musam, membawanya sebagai johan qariah Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-66. (Berita Harian, 14:03)
Read the reporting
2 reports
Qariah Malaysia johan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa, qari tempat kedua
KUALA LUMPUR: Selepas lebih 20 tahun mendalami ilmu al-Quran, usaha dan kesungguhan Nur Syakura Mohamad Musam, membawanya sebagai johan qariah Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-66.
Bermula dengan mempelajari al-Quran daripada bapanya ketika berusia tujuh tahun, anak kelahiran Kuching, Sarawak berusia 31 tahun itu melalui perjalanan panjang sebelum menjejakkan kaki ke pentas antarabangsa.
"Kejayaan ini tak mungkin dapat dicapai tanpa bimbingan ayah dan guru yang mencurahkan ilmu, selain sokongan keluarga serta rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Sarawak.
"Alhamdulillah, perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukan mudah, semuanya adalah rezeki daripada Allah," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan dan penganugerahan hadiah MTHQA Ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Hadiah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Nur Syakura berkata, cabaran utama dalam membuat persiapan selama dua bulan sebelum pertandingan ialah menjaga kesihatan fizikal dan mental bagi memastikan mutu bacaan berada pada tahap terbaik.
Beliau yang juga lepasan diploma dari Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), mengakui perlu bijak mengawal kemampuan suara ketika berada di pentas dan tidak memaksa diri mencapai tahap maksimum.
"Apabila berada di atas pentas, kita tidak dapat mengawal semua perkara, jadi saya membuat persediaan dengan beberapa perancangan.
"Kita tidak boleh memaksa suara mencapai tahap terlalu tinggi atau maksimum.
"Sebaliknya, saya memilih untuk membaca dengan selamat mengikut kemampuan suara," katanya.
Nur Syakura turut mengenang jasa idolanya yang juga johan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 2007 iaitu Allahyarham Amnah Ayup.
"Saya amat mengidolakan Allahyarham dalam bidang tilawah.
"Beliau membimbing saya hingga ke akhir hayatnya, selain guru-guru hebat yang membimbing saya sekarang," katanya.
Tahun ini, Malaysia turut merangkul naib johan qari menerusi Hasnul Taqiyuddin Sazali, manakala kategori hafazan al-Quran menyaksikan qari, Muhammad Izzul Afnan di tempat ketiga.
MTHQA ke-66 menghimpunkan 50 peserta dari 43 negara, merangkumi 34 lelaki dan 16 wanita serta diadili oleh 12 hakim dari Malaysia dan beberapa negara luar.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.