
Raih lebih RM1,000 sehari guna tabung wakaf al-Quran, dua lelaki ditahan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Raih lebih RM1,000 sehari guna tabung wakaf al-Quran, dua lelaki ditahan (Harian Metro, 11:52)
Read the reporting
1 report
Raih lebih RM1,000 sehari guna tabung wakaf al-Quran, dua lelaki ditahan
am@hmetro.com.my
Melaka: Berbekalkan tabung wakaf al-Quran, dua lelaki dipercayai meraih kutipan lebih RM1,000 sehari sejak setahun lalu meskipun program itu disyaki tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa agama negeri.
Bagaimanapun, kegiatan dua lelaki berusia 32 dan 48 tahun itu terbongkar apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah pasar raya di Bachang, di sini, kira-kira jam 3.05 petang Khamis lalu.
Pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki terbabit membawa kepada rampasan dua tabung mengandungi wang tunai RM442.20.
Siasatan awal mendapati, dua individu itu mengaku bekerja dengan sebuah syarikat, namun kutipan menggunakan tabung tertera nama program wakaf al-Quran berkenaan tidak mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Kegiatan itu dipercayai sudah berlaku sejak kira-kira setahun lalu dengan kedua-dua lelaki terbabit juga dikatakan kerap menukar lokasi kutipan.
"Purata kutipan mereka dipercayai boleh mencecah lebih RM1,000 sehari. Gaji bulanan yang diterima bergantung kepada jumlah kutipan. Apa yang menimbulkan persoalan, semakan mendapati resit yang sepatutnya diberikan kepada penyumbang sudah kehabisan stok," kata sumber.
Sementara itu, EXCO Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki itu dan berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 94 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) (Pindaan) 2022.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.