Malaysian Attention Engine
Live wire
50Nahas helikopter Ulu Baram: Keadaan cuaca baik, juruterbang miliki sijil perubatan sah - Laporan awal48PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45Business : Petronas, Petrovietnam Sign Strategic Alliance Agreement, Mark 35 Years Of Collaboration44Oasis Harvest appoints Lim Zhao Qi as non-executive director44General : Fatal Accident Involving JPJ Vehicle And Two Lorries Near Senawang To Be Thoroughly Investigated - Loke43Mechanic gets 5 years’ jail for ramming into cop, fracturing his arm41Malaysia unveils six homegrown chips worth RM300m as it shifts from making to designing semiconductors41Waris mangsa helikopter FDS terima RM100,000, bantuan pendidikan39Govt risks erosion of public trust by shrouding Najib's house arrest in secrecy, say critics38Business : Malaysia Data Centre Market Projected To Grow 33 Pct CAGR From 2025-2030 – S&P Global Ratings37KRW, Star City buru kemenangan sulung37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewConfirmedupdated 3 h ago

Rakyat Malaysia disyaki mendalangi sindiket pelaburan gaharu babitkan RM7 juta di Hong Kong

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 16:04 MYTLatest activity 16 Oct, 16:28BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disyaki menjadi dalang sindiket penipuan pelaburan pokok gaharu bernilai lebih HK$14 juta (kira-kira RM7.2 juta) yang ditumpaskan polis Hong Kong, kelmarin. (Berita Harian, 16:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Rakyat Malaysia disyaki mendalangi sindiket pelaburan gaharu babitkan RM7 juta di Hong Kong

By Wartawan BH · 16 Oct, 16:04 MYT

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disyaki menjadi dalang sindiket penipuan pelaburan pokok gaharu bernilai lebih HK$14 juta (kira-kira RM7.2 juta) yang ditumpaskan polis Hong Kong, kelmarin.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), lelaki terbabit antara enam individu yang ditahan dalam operasi di beberapa lokasi di Hong Kong, kelmarin.

Lima lagi suspek ialah penduduk Hong Kong, dan kesemua yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita berusia antara 52 hingga 66 tahun.

Operasi dikenali sebagai 'Shadow Net' itu dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Hong Kong selepas menerima 21 laporan daripada pelabur sejak September lalu.

Superintendan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Hong Kong, Allan Chu Ming-lun, berkata kebanyakan mangsa berusia antara 52 hingga 82 tahun.

Beliau berkata, mereka melabur antara HK$30,000 (RM15,565) hingga HK$1.9 juta (RM985,800) menerusi skim yang ditawarkan sebuah syarikat di Hong Kong sejak 2017.

Menurutnya, syarikat berkenaan mendakwa mempunyai pejabat di beberapa lokasi termasuk Malaysia, Singapura, New York dan Hong Kong.

Syarikat itu turut mendakwa memiliki beberapa ladang gaharu berskala besar di Malaysia bagi menghasilkan produk seperti minyak pati, teh dan makanan.

"Anggota utama sindiket membawa pelabur melawat ladang gaharu di Malaysia bagi meningkatkan keyakinan mereka.

"Syarikat itu juga kerap menganjurkan seminar pelaburan di pejabatnya di Hong Kong, selain menawarkan lawatan percuma dan jamuan makan bagi menggalakkan ahli membawa rakan baharu," katanya dalam sidang media di Hong Kong, semalam.

Allan berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan menawarkan sekurang-kurangnya empat skim pelaburan dengan menjanjikan pulangan lumayan.

Antaranya, pelabur ditawarkan membeli sebatang pokok gaharu pada harga HK$10,000 (RM5,194) dengan dijanjikan pulangan HK$300 (RM156) sebulan, bersamaan 36 peratus setahun.

Pelabur turut dijanjikan pemulangan modal sepenuhnya selepas tiga tahun, manakala pulangan bulanan direkodkan sebagai mata ganjaran dalam aplikasi telefon bimbit syarikat.

"Bagaimanapun, sejak 2024, sebahagian pelabur mula mendapati mereka tidak dapat mengeluarkan pulangan bulanan atau mendapatkan semula modal masing-masing.

"Syarikat kemudian menggunakan pelbagai alasan untuk melengahkan pembayaran dan memperkenalkan skim baharu bagi memujuk pelabur memindahkan wang daripada skim terdahulu," katanya.

Antara skim baharu yang diperkenalkan pada 2025 ialah pelesenan harta intelek dengan janji pulangan sehingga 25 peratus setahun.

Pelabur yang gagal mendapatkan semula modal daripada skim awal akhirnya memindahkan pelaburan mereka ke skim berkenaan.

"Pada awal tahun ini, syarikat sama memperkenalkan mata wang kripto dikenali sebagai IBBB Coin dengan mendakwa nilainya akan meningkat menerusi konsep tokenisasi pokok gaharu.

"Namun, nilai mata wang kripto berkenaan merosot lebih 99 peratus sejak diperkenalkan, menyebabkan nilai aset pembelinya hampir lenyap," katanya.

Syarikat itu turut memperkenalkan skim pelaburan pusat cuci kereta automatik di tanah besar China dengan menjanjikan pulangan 30 peratus setahun.

Sementara itu, Ketua Inspektor Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Hong Kong, Annie Lo Oi-kin, berkata enam suspek yang ditahan dipercayai memainkan peranan penting dalam merekrut pelabur dan mempromosikan skim berkenaan.

"Polis sedang menyiasat peranan dan pembahagian tugas setiap individu, termasuk operasi syarikat, promosi projek, pengambilan pelabur serta pengendalian wang pelaburan.

"Dalam operasi ini, polis turut menggeledah pejabat dan gudang syarikat di Kwun Tong serta kediaman individu yang ditahan," katanya.

Beliau berkata, polis merampas wang tunai kira-kira HK$540,000, sebanyak 25 unit telefon dan komputer, sejumlah besar kontrak pelaburan serta pelbagai produk disyaki berasaskan gaharu.

Polis turut menjalankan pemeriksaan forensik terhadap peralatan elektronik yang dirampas dan menghubungi mangsa lain bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Pada 14 Oktober lalu, Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong turut memasukkan syarikat berkenaan dalam senarai amaran produk pelaburan mencurigakan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow17:00
Latest 17:21 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 16:04 MYT
Origin confidence 90% · 24 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.