Malaysian Attention Engine
Live wire
50Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42World : 19 Countries Condemn Colombia's Opening Of Embassy In Jerusalem39Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35El Nino: Nelayan pantai antara terkesan35PPM terbongkar taktik lori tangki bawa diesel dua kali ganda34Business : Selangor Aims To Become National, ASEAN Care Industry Hub By 203034Dia ajar saya cara menangis – Aila Azizul puji sikap profesional Zul Ariffin34Two Singapore-listed palm oil firms named in Greenpeace report on Indonesian plantation fires33World : Singapore, Malaysia, Indonesia Conduct Trilateral Oil Spill Exercise33Haze: Schools must close, public gatherings cancelled if API exceeds 200, says Health Ministry33Man United, Tottenham terdesak menang
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Ramlah Ram tidak sangka jingle Bagimu Bagiku jadi hit

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 19:46 MYTLatest activity 16 Oct, 19:46BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Bermula sebagai jingle korporat, lagu Bagimu Bagiku yang dirakamkan penyanyi Ramlah Ram pada 1989 tidak disangka-sangka mencuri perhatian pendengar, sekali gus menjadi antara karya yang meninggalkan kesan dalam sejarah pengiklanan New Straits Times Press (NSTP). (Berita Harian, 19:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Ramlah Ram tidak sangka jingle Bagimu Bagiku jadi hit

By Tahir Alhamzah · 16 Oct, 19:46 MYT

KUALA LUMPUR: Bermula sebagai jingle korporat, lagu Bagimu Bagiku yang dirakamkan penyanyi Ramlah Ram pada 1989 tidak disangka-sangka mencuri perhatian pendengar, sekali gus menjadi antara karya yang meninggalkan kesan dalam sejarah pengiklanan New Straits Times Press (NSTP).

Namun, di sebalik kejayaan lagu itu, Ramlah, 61, mengakui dirinya pada awalnya berasa kekok untuk menyanyikan jingle berkenaan kerana melodinya berbeza daripada lagu yang lazim dirakamkan bersama komposer Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.

"Pada mulanya, saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri kerana lagu itu bukan seperti kebiasaan saya. Akhirnya, saya berjaya mentafsirkan lagu itu mengikut cara sendiri, dengan memberikan sentuhan yang mencerminkan identiti Ramlah Ram," katanya kepada BH Online.

Ketika itu, Ramlah antara penyanyi berbakat yang sedang meningkat naik dalam industri muzik tempatan. Setahun sebelumnya, lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) ciptaan Ahmad Nawab meraih anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3 edisi ketiga, pada 1988.

Jingle Bagimu Bagiku pula dihasilkan untuk iklan televisyen NSTP yang pada asalnya dirancang sebagai lagu korporat syarikat berkenaan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Khalid Ahmad, yang menyelia projek itu, berkata pemilihan penyanyi untuk merakamkan jingle berkenaan bukan keputusan mudah.

Agensi pengiklanan yang diketuai Datuk Faridah Merican pada awalnya memilih penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Kathy, malah video menggunakan rakaman suaranya sudah disediakan.

Bagaimanapun, rakaman Ramlah ketika itu hanya tersedia dalam bentuk kaset.

"Namun, saya tetap memilih Ramlah kerana usianya yang muda dan suaranya yang cukup mencerminkan kemelayuan serta identiti Malaysia.

"Beliau dikurniakan suara yang berpotensi menandingi Hetty Koes Endang," katanya.

Keputusan itu ternyata membuahkan hasil apabila iklan berkenaan disiarkan dan mendapat sambutan positif daripada penonton.

"Beliau meledak menerusi lagu itu," kata Khalid, mengenang impak jingle berkenaan terhadap kerjaya Ramlah.

Walaupun identiti komposer dan penulis lirik Bagimu Bagiku tidak dapat dipastikan, Khalid masih mengingati Allahyarham Yasmin Ahmad, pengarah filem yang memenangi pelbagai anugerah, sebagai individu yang memilih lagu itu untuk kempen berkenaan.

Iklan televisyen itu dibuka dengan paparan matahari terbit dan seorang penjual surat khabar menghantar akhbar pagi, menggambarkan suasana harian yang semakin jarang ditemui pada masa kini.

Menerusi interpretasi tersendiri Ramlah, Bagimu Bagiku akhirnya menjadi sebahagian daripada kenangan manis dalam perjalanan pengiklanan NSTP.

Ramlah baru-baru ini turut berkongsi klip lagu itu bersama pengikutnya di Facebook, mengimbau kembali kenangan indah ketika rakamannya mula mencuri perhatian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow20:00
Latest 20:39 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 19:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    19:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.