
'Rancang pulang ziarah pusara bapa, rupanya mereka 'balik' selamanya' - Ibu jururawat maut nahas
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
'Rancang pulang ziarah pusara bapa, rupanya mereka 'balik' selamanya' - Ibu jururawat maut nahas (Harian Metro, 02:47)
Read the reporting
1 report
'Rancang pulang ziarah pusara bapa, rupanya mereka 'balik' selamanya' - Ibu jururawat maut nahas
am@hmetro.com.my
Tumpat: "Noor Atirah bercadang pulang ke kampung pada 17 Oktober ini untuk menziarahi pusara bapanya tapi rupa-rupanya dia dan suami pulang untuk selama-lamanya," kata Noriah Yusof, ibu kepada jururawat yang maut bersama suaminya dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh berhampiran susur masuk ke Sierramas, Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, Noor Atirah Yacob, 32, dan suaminya, Mohd Zulilazwan Zulkifli, 32, maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an.
Noriah berkata, jenazah suami isteri itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Neting, Pengkalan Kubor, di sini kira-kira jam 10 pagi tadi.
"Kini hanya tinggal cucu saya Ian Hijazi, walaupun baru berusia 6 tahun tetapi dia kelihatan faham dengan kejadian yang menimpa ibu bapanya.
"Ketika pengebumian jenazah ibu dan ayah Ian pagi tadi, dia minta semua orang tadah tangan sambil dia sendiri berdoa dan baca al-Fatihah sebelum menangis di pelukan ahli keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini.
Noriah berkata, dia longlai dan terpaksa dipapah selepas menerima khabar duka mengenai anak dan menantunya daripada ahli keluarga.
"Atirah sudah empat tahun bertugas di Hospital Selayang, Selangor dan dia pernah bercerita cuba memohon tukar ke Hospital Sungai Buloh supaya lebih dekat dengan rumahnya.
"Kami reda dengan kejadian itu cuma sangat sedih mengenangkan nasib Ian yang ada kala bertanya mengenai papa serta mamanya.
"Keluarga besan di Jerteh, Terengganu membenarkan kami menjaga Ian dan mereka boleh datang menziarahinya bila-bila masa," katanya.
Sementara itu, kakak Noor Atirah iaitu Noraihan Yacob, 35, berkata, adiknya itu sangat teruja mengetahui bakal menimang anak saudara baharu tidak lama lagi.
Noraihan yang kini hamil empat bulan, bakal menimang anak kembar dan arwah Noor Atirah pernah berseloroh untuk mengambil seorang daripadanya untuk dijaga.
"Atirah sudah lama ingin menambah anak namun belum ada rezeki.
"Sebaik tahu saya mengandung anak kembar, dia yang terlebih teruja malah pernah menyuarakan untuk menjaga seorang daripada bayi ini sebaik dilahirkan nanti," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro02:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.


