
Residensi Hektar Gombak 92.67 peratus siap
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Selepas terhenti sejak Disember 2022, projek Residensi Hektar Gombak (Residensi Wilayah) kini hampir siap dengan kemajuan pembinaan mencapai 92.67 peratus dan dijangka disiapkan sepenuhnya pada suku pertama tahun depan. (Utusan Malaysia, 11:12)
Read the reporting
1 report
Residensi Hektar Gombak 92.67 peratus siap
KUALA LUMPUR: Selepas terhenti sejak Disember 2022, projek Residensi Hektar Gombak (Residensi Wilayah) kini hampir siap dengan kemajuan pembinaan mencapai 92.67 peratus dan dijangka disiapkan sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, projek berkenaan yang disambung semula pada 21 September 2025 turut mencatatkan perkembangan positif apabila kerja pembinaan mendahului jadual asal sebanyak 18 hari.
Beliau berkata, perkembangan itu memberi keyakinan bahawa projek berkenaan mampu disiapkan mengikut sasaran sebelum diserahkan kepada pembeli pada suku kedua 2027.
“Kita berpuas hati dengan perkembangan projek ini yang kini sudah berada 18 hari lebih awal daripada jadual perancangan.
“Kita akan cuba membantu memastikan pihak pemaju dapat menyiapkan projek ini dan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada suku pertama tahun 2027,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sidang Media Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) Bilangan 5 Tahun 2026 di tapak projek Residensi Hektar Gombak (Residensi Wilayah), di sini hari ini.
Tahun lalu, akhbar ini melaporkan, pembeli unit kediaman Residensi Hektar Gombak dijangka menerima kunci rumah masing-masing seawal separuh pertama 2027 selepas projek berkenaan mendapat suntikan dana baharu berjumlah RM125 juta.
Projek perumahan mampu milik di bawah Program Residensi Wilayah (RUMAWIP) itu mula dibangunkan pada 2018 dan sepatutnya disiapkan pada 2022, namun berdepan pelbagai masalah sehingga pembinaannya terhenti.
Projek berkenaan yang merupakan antara projek perumahan terbengkalai terbesar sehingga menyebabkan seramai 2,400 pembeli terpaksa menunggu lebih lama untuk memiliki kediaman masing-masing.
Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata, pemulihan projek itu dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi kewangan, pihak berkuasa tempatan, syarikat utiliti dan pemaju bagi menyelesaikan masalah yang menghalang kerja pembinaan.
Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan lawatan dan pemantauan sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga bulan bagi memastikan perkembangan projek berjalan mengikut perancangan.
Menurutnya, pendekatan turun padang dan intervensi menerusi TFST penting bagi memastikan projek perumahan bermasalah dapat dipulihkan sekali gus membolehkan pembeli menerima kediaman yang telah lama dinantikan.
“Kalau kita lihat pada peringkat awal dahulu, keadaannya seolah-olah tidak mempunyai hala tuju.
“Tetapi apabila kita mewujudkan pasukan petugas ini, kita dapat melaksanakan intervensi dengan semua pihak termasuk institusi kewangan, pihak utiliti dan pihak berkuasa tempatan,” katanya. – UTUSAN
The post Residensi Hektar Gombak 92.67 peratus siap appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:12
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.