Malaysian Attention Engine
Live wire
51Aset kripto RM12.47 juta lesap dari dompet digital50Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM50General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar49Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok44‘Buat anak ayah, semoga Allah jaga hati kamu berdua’44Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption39Business : Govt Continues To Strengthen Islamic Economy, Offers Up To RM5,000 Matching Grants To MSMEs For Halal Certification39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202737Reformasi Madani perkukuh ekonomi, buka peluang baharu sektor perbankan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ringan tangan dan kenali mereka jika mahu mendapat 'hasil' terbaik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 10:23 MYTLatest activity 10 Oct, 10:23BMconfidence 60%

What happened

Ringan tangan dan kenali mereka jika mahu mendapat 'hasil' terbaik (Harian Metro, 10:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Ringan tangan dan kenali mereka jika mahu mendapat 'hasil' terbaik

By Khairul Danish Azma · 10 Oct, 10:23 MYT

am@hmetro.com.my

"Ia bagaikan dua dunia berbeza dan sejujurnya, saya begitu merindui kehidupan di sana."

Itulah antara perkongsian penuntut Ijazah Sarjana Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Khairul Danial Adam Khairul Azma, 25, yang pernah mengikuti Yayasan Food Bank sebagai pembantu guru di perkampungan Orang Asli Suku Bateq di Jerantut, Pahang.

Pemuda kelahiran Kuantan dari UiTM Kampus Jengka itu berkata, dia mengambil keputusan untuk menjadi pembantu guru Orang Asli bagi latihan industrinya dalam mempelajari budaya di situ.

"Ramai yang kata keputusan itu membahayakan kerana jauh dari bandar. Tiada talian Internet untuk saya berkomunikasi.

"Mungkin ramai yang rasa berbahaya, tapi bila lagi saya akan dapat peluang sebegini?" katanya yang mesra disapa Adam.

Perkampungan itu terletak di pedalaman daerah Jerantut dan mengambil tiga jam untuk ke lokasi.

"Setiap Jumaat pagi, saya akan menunggang motosikal dari kolej ke Bandar Jerantut yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dan kalau saya sempat sampai sebelum Zuhur, saya akan mendirikan solat Jumaat di masjid berdekatan.

"Selepas itu, saya akan menaiki pacuan empat roda ke Jeti Kampung Pagi yang mengambil masa selama dua jam kerana perlu melalui kawasan Felda," katanya.

Dia berkata, perjalanan untuk ke perkampungan Orang Asli itu tidak berhenti di situ kerana perlu menaiki bot yang hampir mengambil masa lebih kurang satu jam.

"Lepas sampai jeti (Kampung Pagi), saya akan naik bot meredah sungai untuk sampai ke sana. Kalau paras air tinggi, ia akan mengambil masa 45 minit untuk ke sana tapi kalau air cetek, sejam pun boleh sampai," katanya.

Sepanjang berada di sana, Adam bersama ahli Kelas Rimba Bateq (KRB) ditugaskan untuk mengajar kanak-kanak Suku Bateq membaca, mengira dan menulis namun ia tidak semudah itu.

"Memang susah pada awalnya kerana kalau saya nak bercakap dengan mereka, ada daripada mereka tidak faham apa saya cakap kerana mereka ada bahasa tersendiri.

"Jadinya, saya akan meminta bantuan mereka yang lebih berusia untuk beri penjelasan. Saya juga akan gerakkan badan saya untuk memudahkan mereka untuk lebih faham.

"Tapi cabaran terbesar saya adalah majoriti mereka ini pemalu, jadi ia mengambil saya sebulan untuk 'diterima' mereka," katanya.

Walaupun tidak dilayan, ini tidak mematahkan semangat Adam untuk terus membeli hati mereka.

"Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Saya tahu saya kena pandai untuk beradaptasi dengan mereka.

"Jadi saya mula bergaul dengan mereka dengan mengikuti mereka pergi bermain, mandi sungai, makan sama-sama dan saya ada juga buat lawak kepada mereka," katanya.

Selepas sebulan berusaha untuk memenangi hati mereka, Adam disambut baik kanak-kanak di situ dan secara tidak langsung menarik minat mereka untuk belajar.

"Pada awalnya, bilangan pelajar yang hadir ke kelas sikit sampai saya boleh kira dengan jari. Tapi selepas semua dah selesa, makin lama makin ramai yang hadir.

"Alhamdulillah, majoriti daripada mereka sudah pandai membaca ABC, mengira nombor serta menulis. Saya sangat bangga dengan mereka," katanya.

Selain mengajar, Adam turut melakukan aktiviti seperti gotong-royong bersama ahli KRB, beriadah bersama kanak-kanak, bersenam bersama serta membawa sukarelawan melawat perkampungan Orang Asli itu.

Katanya, sepanjang menjadi pembantu guru, matanya lebih terbuka melihat perkara yang kebiasaannya diendahkan rakyat kita.

"Ia membuka mata saya untuk menjadi lebih bersyukur dengan segala perkara. Mereka di sana kekurangan sumber makanan dan perlu catu pemakanan mereka dan menunggu kumpulan kami hadir pada hujung minggu.

"Mereka juga menghargai barangan yang diberikan dan diajar untuk tidak membazirkan makanan.

"Ini lain dengan kehidupan seharian kita. Ada daripada kalangan kita yang suka membuang makanan sesuka hati, membeli pakaian yang tidak diperlukan dan ini sangat membuka mata saya berkenaan mereka," katanya.

Dia berharap supaya pihak kerajaan untuk terus membantu masyarakat Orang Asli tanpa mengganggu adat mereka yang sudah lama dipraktikkan.

"Saya berharap, pihak kerajaan bersama Yayasan Food Bank untuk terus menyalurkan bantuan dari segi makanan, pakaian serta pendidikan.

"Kanak-kanak di sana juga perlu mendapat perhatian daripada pihak kerajaan, sama dengan kanak-kanak yang berada di pusat bandar," katanya.

Untuk info, menurut Adam, Suku Bateq mendapat namanya kerana penyakit kulit yang menyebabkan kulit mereka mempunyai corak batik di seluruh badan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:0012:00
Latest 12:23 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 10:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    10:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Ringan tangan dan kenali mereka jika mahu mendapat 'hasil' terbaik · Malaysian Attention Engine