Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

RISE Educator Award iktiraf usaha Cikgu Hafizu didik murid Temiar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 12:32 MYTLatest activity 14 Oct, 12:32BMconfidence 60%

What happened

Taylor’s College telah mengumumkan Cikgu Muhammad Hafizu Aiman Jusoh dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulat, Kelantan sebagai penerima RISE Educator Award 2026. (Kosmo!, 12:32)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·4 min read

RISE Educator Award iktiraf usaha Cikgu Hafizu didik murid Temiar

By KOSMO! · 14 Oct, 12:32 MYT

Taylor’s College telah mengumumkan Cikgu Muhammad Hafizu Aiman Jusoh dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulat, Kelantan sebagai penerima RISE Educator Award 2026.

Penghargaan itu diberikan atas usaha beliau memastikan murid Orang Asli Temiar terus mendapat pendidikan, walaupun komuniti mereka berdepan perubahan besar akibat penempatan semula.

Cikgu Hafizu membawa pulang RM5,000 sebagai penerima anugerah, manakala SK Pulat menerima geran RM50,000 untuk menyokong inisiatif pembangunan sekolah yang memberi manfaat kepada murid dan komuniti.

Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang menekankan bahawa setiap kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk terus belajar dan berkembang, tanpa mengira latar belakang.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan yang mengenal pasti potensi, menghormati identiti dan mempersiapkan mereka untuk masa depan.

“Usaha Cikgu Hafizu menunjukkan bagaimana seorang pendidik boleh memahami cabaran yang dihadapi murid dan komuniti, lalu mencari pendekatan yang sesuai untuk memastikan mereka terus mendapat peluang untuk belajar.

“Dedikasi beliau mencerminkan semangat guru-guru di seluruh Malaysia yang terus mencari jalan untuk membantu anak-anak kita, walaupun dalam sukar.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Cikgu Hafizu dan semua finalis atas usaha mereka,” katanya ketika Majlis RISE Educator Award 2026 di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini

Sementara itu, Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan berkata, kesemua lima finalis tahun ini menunjukkan bagaimana guru boleh memainkan peranan lebih luas dalam menangani keperluan murid dan komuniti.

“Kelima-lima finalis kami datang daripada latar belakang dan pengalaman berbeza, namun mereka mempunyai satu persamaan iaitu kepercayaan bahawa setiap murid mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh.

“Ada yang memperluas akses kepada pembelajaran, ada memperkenalkan pendekatan baharu, dan ada membantu membina keyakinan serta membuka peluang kepada murid mereka.

“Usaha Cikgu Hafizu khususnya menarik perhatian kami kerana beliau bukan sahaja menggunakan teknologi untuk menyokong pembelajaran, malah turut menjadikannya satu cara untuk memelihara bahasa dan warisan Temiar.

PELAJAR SK Pulat didedahkan dengan ilmu berkaitan teknologi oleh Cikgu Hafizu.

“Melalui RISE Educator, kami berbesar hati dapat mengiktiraf usaha kelima-lima pendidik ini dan menyediakan sokongan supaya inisiatif mereka dapat diteruskan serta memberi manfaat kepada lebih ramai murid,” katanya.

Komuniti Orang Asli Temiar di Pos Pulat kini berdepan penempatan semula susulan projek Empangan Nenggiri.

Dalam keadaan itu, Cikgu Hafizu berusaha memastikan perubahan yang berlaku kepada komuniti tidak memutuskan hubungan murid dengan pendidikan, identiti dan cita-cita mereka.

Melalui inisiatif Rumah Belajar Tanpa Loceng, beliau membangunkan pendekatan pembelajaran yang memberi lebih ruang kepada murid untuk belajar secara kendiri.

Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah Kampung AI dan Digital, Kamus Digital Temiar dan AI Storybook Mathematics.

Usaha itu memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran menggunakan teknologi, sambil terus mengenali dan menghargai budaya mereka.

Pendekatan Cikgu Hafizu menggabungkan inovasi pendidikan, teknologi dan pemeliharaan budaya menjadi antara faktor yang mendapat perhatian para juri dan orang ramai.

“Apabila komuniti kami melalui perubahan, saya mahu murid-murid saya tahu bahawa perubahan itu tidak seharusnya menghalang mereka daripada mengejar impian.

“Pendidikan mesti terus berjalan dan peluang mesti terus dibuka. Pengiktirafan ini bukan untuk saya seorang.

“Ia adalah untuk murid-murid saya, keluarga mereka dan seluruh komuniti yang terus percaya bahawa pembelajaran boleh diteruskan dan masa depan lebih baik boleh dibina,” kata Cikgu Hafizu.

Cikgu Hafizu dipilih daripada lima finalis RISE Educator Award 2026, bersama Dr. Zul Faizuddin Osman dari SK Sungai Rual, Kelantan; Cikgu Mohamad Safuan Rozak dari SK

Desa Jaya, Pahang; Cikgu Teh Zhen Kiat dari Sekolah Jenis Kebangsaa (C) Sungai Buloh, Selangor; dan Cikgu Veronica Francis dari Sekolah Menengah Kebangsaan St. Bernadette’s Convent, Perak.

Cikgu Veronica turut mencatat sejarah sebagai finalis wanita pertama dalam RISE Educator Award.

Sebagai penghargaan, setiap daripada empat finalis menerima RM1,000, manakala sekolah masing-masing menerima RM10,000 bagi menyokong penambahbaikan persekitaran pembelajaran dan pembangunan murid.

Sementara itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Impactful Teaching, Purposeful Learning in an AI-Driven World’.

“Pendidikan mesti bergerak seiring dengan perubahan zaman, tetapi kita tidak boleh lupa bahawa matlamat akhir adalah untuk membangunkan anak-anak kita.

“RISE Educator Award Conference memberi ruang kepada para pendidik untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan dan belajar antara satu sama lain tentang bagaimana kita boleh mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi masa depan.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru atas dedikasi mereka dan mengucapkan tahniah kepada para penerima pengiktirafan pada tahun ini atas sumbangan mereka kepada murid dan komuniti,” katanya.

Taylor’s College turut menganjurkan siri Purpose-Led Educators Masterclasses yang memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pendekatan praktikal, strategi pengajaran yang inovatif serta cara membina daya tahan dalam bilik darjah.

The post RISE Educator Award iktiraf usaha Cikgu Hafizu didik murid Temiar appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:27 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
14 Oct, 12:32 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    12:32

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.