Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewConfirmedupdated 1 h ago

RM10,000 incentive mooted to draw doctors to Sabah, Sarawak

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
18
0 vs 1 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 12:18 MYTLatest activity 14 Oct, 14:41ENBMconfidence 81%

What happened

MAPSU mendakwa seorang doktor di jabatan pesakit luar Hospital Ranau, Sabah, terpaksa memeriksa hampir 200 pesakit sehari, manakala hanya dua doktor di jabatan kecemasan yang beroperasi 24 jam. PETALING JAYA: Kerajaan Sabah dan Sarawak digesa menawarkan insentif khas RM10,000 bagi menarik lebih ramai doktor dari negeri lain berkhidmat di kedua-dua negeri, terutama kawasan luar bandar dan pedalaman. (Free Malaysia Today, 12:18)

Read the reporting

3 reports
Sinar Harian·News·BM·2 min read

MAPSU cadang insentif khas RM10,000 tarik doktor berkhidmat di Sabah, Sarawak

By ZULHAIZI ROSDI · 14 Oct, 14:41 MYT

SHAH ALAM - Kerajaan Sabah dan Sarawak dicadang memperkenalkan insentif khas RM10,000 bagi menarik doktor dari Semenanjung Malaysia atau negeri lain untuk berkhidmat di dua negeri itu terutama kawasan luar bandar serta pedalaman.Saranan tersebut dikemukakan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) sebagai langkah sementara untuk menangani kekurangan tenaga perubatan.Presiden MAPSU, Ajulahin Japin berkata, bayaran pertama sebanyak RM5,000 diberikan kepada doktor terbabit sebaik sahaja melapor diri bagi menampung kos perpindahan serta keperluan awal penempatan."Bayaran insentif kedua sebanyak RM5,000 pula disalurkan kepada doktor berkenaan setelah melengkapkan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun."Insentif ini dapat menjadi dorongan kepada doktor dari Semenanjung Malaysia untuk menerima penempatan di kedua-dua negeri ini, sekali gus membantu memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mengulas lanjut, Ajulahin yang juga Presiden Sabah Medical Services Union berkata, masalah kekurangan doktor di Sabah bukan semata-mata berpunca daripada kekurangan graduan perubatan peringkat nasional, sebaliknya berkait dengan kesediaan doktor untuk berkhidmat di dua negeri berkenaan dan cabaran penempatan, kebajikan serta kos perpindahan.Jelas beliau, kegagalan menangani masalah kekurangan doktor telah lama wujud mengakibatkan masa menunggu berjam-jam di jabatan pesakit luar fasiliti kesihatan."Sebagai contoh, di Jabatan Pesakit Luar Hospital Ranau, Sabah, seorang doktor perlu memeriksa hampir 200 pesakit setiap hari dan Jabatan Kecemasan yang beroperasi 24 jam pula hanya ada dua orang doktor untuk merawat 80 hingga 100 pesakit."Beban kerja sebegini amat berat walaupun dibantu oleh penolong pegawai perubatan. Kesejahteraan rakyat Sabah amat terjejas dan cadangan MAPSU ini perlu diterima secara positif oleh kerajaan negeri," katanya.Bagi memastikan kebajikan jangka panjang petugas kesihatan terjamin, MAPSU turut menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula dasar pencen serta kadar Bayaran Insentif Wilayah (BIW) yang mengalami pengurangan di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana pakej imbuhan, jaminan kebajikan jangka panjang merupakan antara faktor utama yang boleh mempengaruhi keputusan seseorang doktor untuk menerima dan memulakan perkhidmatan di Sabah serta Sarawak.Di samping itu, Ajulahin menegaskan insentif kewangan sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan kemudahan asas seperti perumahan dan pengangkutan yang perlu disediakan secara aktif oleh Jabatan Kesihatan Negeri."Skim ini dicadangkan sebagai langkah sementara dan boleh dikaji semula serta ditamatkan apabila bekalan graduan perubatan tempatan, terutama dari institusi pengajian tinggi di Sabah dan Sarawak mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja kesihatan negeri."Justeru, MAPSU berharap Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JPA dapat mempertimbangkan cadangan ini secara serius serta mengadakan perbincangan demi kepentingan petugas kesihatan serta rakyat," katanya.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow14:0015:00
Latest 15:43 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
  3. Language
    First English coverage (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
14 Oct, 12:18 MYT
Origin confidence 60% · 8 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    12:18

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Free Malaysia Today, Google News Malaysia (EN), Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

RM10,000 incentive mooted to draw doctors to Sabah, Sarawak · Malaysian Attention Engine