
RM2,500 minimum pay may deter bosses from hiring fresh grads, says group
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Graduates and semi-skilled workers are set to receive a minimum monthly salary of RM2,500 under the government’s proposed reforms to the national wage framework. (File pic) PETALING JAYA: The proposed minimum monthly salary of RM2,500 for graduates and semi-skilled workers could deter employers from hiring inexperienced job seekers, says a business group leader. (Free Malaysia Today, 17:38)
Read the reporting
1 report
Gaji mula RM2,500 cenderung kekang majikan ambil graduan, kata kumpulan
Graduan dan pekerja separa mahir akan menerima gaji minimum RM2,500 di bawah reformasi kerangka gaji kebangsaan dicadangkan kerajaan. (Gambar fail) PETALING JAYA: Cadangan gaji minimum RM2,500 bagi graduan dan pekerja separa mahir berisiko mengekang majikan mengambil pencari kerja kurang berpengalaman, kata seorang pemimpin kumpulan perniagaan.
Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Hafidz Rohani, berkata cadangan itu cenderung menyukarkan golongan muda mendapatkan kerja pertama mereka, terutamanya jika perniagaan perlu membayar gaji permulaan lebih tinggi tanpa peningkatan produktiviti sepadan atau sokongan mencukupi untuk melatih pekerja baharu.
Berdasarkan pengalamannya sebagai usahawan, Hafidz berkata, graduan baharu biasanya melangkah ke alam pekerjaan dengan pengalaman praktikal terhad, lapor The Borneo Post.
“Jika majikan dijangka menawarkan gaji permulaan RM2,500, sesetengahnya mungkin lebih cenderung mengambil pekerja berpengalaman yang boleh memberi sumbangan serta-merta, berbanding mengambil graduan baharu yang memerlukan latihan dan bimbingan.”
Hafidz menyeru kerajaan agar berunding dengan pihak majikan untuk lebih memahami cabaran praktikal yang mungkin dihadapi sektor perniagaan.
Beliau berkata, graduan baharu memerlukan peluang untuk melangkah ke alam pekerjaan, belajar daripada rakan sejawatan berpengalaman, serta membuktikan kebolehan mereka.
“Andai majikan lebih berhati-hati untuk mengambil pekerja kurang berpengalaman disebabkan kos, golongan muda mungkin akan dapati lebih sukar mendapatkan pekerjaan pertama mereka.
“Kita mahu graduan meraih pendapatan wajar, namun pada masa sama kita juga perlu memastikan pihak perniagaan bersedia mengambil dan melatih mereka.”
Hafidz berkata, hasrat kerajaan untuk memastikan pekerja menerima gaji sepadan dengan kelayakan dan kemahiran mereka merupakan sesuatu boleh difahami, namun potensi kesannya terhadap keputusan pengambilan pekerja perlu juga diambil kira.
Katanya, beliau tidak menentang pemberian gaji lebih tinggi, namun perbezaan dari segi pengalaman, kemahiran, dan produktiviti pekerja perlu dipertimbang dalam menentukan kadar bayaran.
Beliau turut berkata, skop cadangan gaji permulaan RM2,500 itu perlu diperjelaskan, termasuk sama ada ia terpakai kepada semua syarikat atau hanya kategori majikan tertentu.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 minggu lalu, berkata graduan dan pekerja separa mahir akan menerima gaji minimum RM2,500 di bawah reformasi kerangka gaji kebangsaan dicadangkan kerajaan.
Anwar berkata, kadar gaji minimum semasa telah meningkatkan dasar pendapatan bagi pekerja berpendapatan rendah, namun kadar gaji bagi pekerja berkemahiran kekal tidak sepadan berbanding kelayakan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today17:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
