Malaysian Attention Engine
Live wire
53Politics : No Issues With PH Seat Allocation In Melaka – Adam Adli4875 peratus tahanan 41 penjara terlibat kes dadah46General : Sabah Cabinet Approves 24-hour Operations For Sepanggar Port -- Ewon46MCMC siasat kandungan media sosial berkaitan institusi Diraja43Hujan lebat 2 jam, 9 kawasan di Pangkor banjir40General : Johor Religious Examinations to Proceed As Scheduled - JAINJ40General : Selangor KPDN Investigates 10 Complaints Of Suspected Water-mixed Petrol37Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang37General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 136General : MediAsas plan To Offer Financial, Health Safety Net To Malaysia's M40 -- Dzulkefly36Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 15:32 MYTLatest activity 18 Oct, 15:32BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur: Seorang rakyat Malaysia berkongsi berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam rusuhan yang melumpuhkan kota Paris, Perancis, semalam (waktu tempatan). (Harian Metro, 15:32)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'

By Wartawan NSTP · 18 Oct, 15:32 MYT

Kuala Lumpur: Seorang rakyat Malaysia berkongsi berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam rusuhan yang melumpuhkan kota Paris, Perancis, semalam (waktu tempatan).

Ozil Zainal, menerusi akuannya di Threads, berkata ketika kejadian dia sedang memandu untuk memasuki Paris selepas mendapati lalu lintas ke kota raya itu agak lengang.

"Ketika melalui satu jalan, tiba-tiba semua kenderaan berhenti kerana terdapat segerombolan perusuh melalui kawasan berkenaan.

"Saya dan kenderaan lain tidak dapat bergerak, kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar.

"Kami terpaksa menunggu sehingga keadaan beransur aman dan lalu lintas lancar. Kelihatan pihak keselamatan termasuk bomba dan ambulans turut berkejar ke tempat rusuhan," katanya yang kesal kerana rusuhan itu turut mengakibatkan banyak harta benda awam musnah.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang kebetulan berada di Paris turut berkongsi keadaan cemas ketika sedang membeli-belah di sebuah butik jenama mewah.

Menerusi akuan di Threads, Lili Abroad, wanita berkenaan berkata di bersyukur kerana dapat bergerak dari kawasan rusuhan itu dengan cepat sebelum ia menjadi lebih buruk.

"Masa dalam LV ( butik Louis Vuitton) pintu premis dikunci dan beberapa (butik lain) pun tutup pintu," katanya.

Menurutnya, dia sudah mendapat makluman daripada sumber lebih mengenai demonstrasi berkenaan dan bergerak lebih awal untuk membeli-belah.

"Rusuhan itu dianggarkan bermula jam 5 petang ," katanya yang kini sudah pun bergerak ke Selatan Perancis untuk urusan lanjut.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai menetap di Limoges, Perancis, Mohd Khairul Razikin menerusi akaun Threads berkata, dia sedih apabila mendapat tahu bangunan ikonik di bandar berkenaan turut menjadi sasaran dalam rusuhan semalam.

Katanya, bangunan Hotel de ville de Limoges yang terletak kira-kira lima minit dari kediamannya musnah dibakar.

"Bangunan ini tersergam indah sejak tahun 1883. Sedih melihat suasana yang berlaku hari ini," katanya.

Gelombang rusuhan dan protes besar-besaran sedang melanda beberapa negara di Eropah sejak September lalu dan memuncak di beberapa bandaraya utama termasuk Paris dan Milan, Itali pada Sabtu lepas (waktu tempatan).

Krisis berkenaan dikatakan dicetuskan oleh gabungan kemarahan terhadap beberapa isu khususnya kebajikan pelajar, kemerosotan perkhidmatan awam dan peningkatan kos sara hidup.

Rusuhan besar-besaran berkenaan mencetuskan antara keganasan paling buruk dalam sejarah negara itu sejak beberapa dekad lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 15:44 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 15:32 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:32

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.