Malaysian Attention Engine
Live wire
51PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang50Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji48‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’46General : Fahmi Condemns Cyberbullying Of UM Student, Urges Victims To Lodge Reports45Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’45Politics : Melaka Polls: PH Candidates Must Build Strong Campaign Machinery - Ramanan42General : Prisons Dept In Final Stage Of Drafting House Arrest Regulations – Saifuddin Nasution40Deaths confirmed after 'serious incident,' fire at Canada military base in Alberta40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah40General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre37General : MCMC Probes Threads Content Allegedly Insulting N. Sembilan Royal Institution
NewConfirmedupdated 25 h ago

Sasaki tak sabar kembali bantu NSFC

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
11
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 13:35 MYTLatest activity 17 Oct, 15:46BMconfidence 80%

What happened

SEREMBAN: Pemain import dari Jepun, Takumi Sasaki dijangka dapat kembali berada dalam barisan kesebelasan terbaik Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi menghadapi saingan Liga Super tidak lama lagi, selepas proses pemulihan kecederaan hamstring yang dialaminya menunjukkan perkembangan positif. (Berita Harian, 13:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Sasaki tak sabar kembali bantu NSFC

By Mohd Amin Jalil · 17 Oct, 13:35 MYT

SEREMBAN: Pemain import dari Jepun, Takumi Sasaki dijangka dapat kembali berada dalam barisan kesebelasan terbaik Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi menghadapi saingan Liga Super tidak lama lagi, selepas proses pemulihan kecederaan hamstring yang dialaminya menunjukkan perkembangan positif.

Perancang utama skuad Hobin Jang Hobin itu mengalami kecederaan terbabit ketika sesi latihan berintensiti tinggi, hanya beberapa hari sebelum perlawanan liga menentang Melaka FC pada 30 Ogos lalu.

Walaupun agak kecewa kerana terlepas beberapa perlawanan penting, pemain yang kerap membantu bahagian serangan itu kekal positif dan sentiasa fokus untuk mendapatkan kembali kecergasan sepenuhnya menjelang perlawanan liga akan datang.

"Memang agak kecewa kerana terlepas beberapa perlawanan penting dan tidak dapat membantu pasukan menghadapi saingan liga yang semakin mencabar.

"Namun ketika ini proses pemulihan berjalan dengan baik hasil bantuan pasukan perubatan dan saya yakin tidak lama lagi berpeluang untuk turun bersama rakan sepasukan," kata Sasaki ketika dihubungi, hari ini.

Dia akui perlu memberikan tumpuan kepada proses pemulihan berkenaan untuk mendapatkan kembali kecergasan sepenuhnya dan seterusnya membantu pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan musim ini.

Menurut pemain lincah itu, dia sudah dapat menjalani latihan bersama rakan sepasukan walaupun bukan latihan berintensiti tinggi.

"Saya harap dapat pulih tepat pada masanya kerana rasa tidak sabar untuk kembali beraksi di atas padang," katanya.

Sasaki mengakui perlu cepat berada dalam barisan skuad bimbingan Daniel Gimenez Alcaniz kerana saingan liga menuntut komitmen tinggi daripada setiap pemain untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan dan membantu pasukan mengumpul mata maksimum.

"Saya mahu memastikan dapat kekal dalam kesebelasan terbaik bagi memacu kejayaan pasukan terutama dalam merealisasikan sasaran yang ditetapkan musim ini," katanya yang menyatakan keazamannya untuk segera kembali menyertai rakan sepasukan.

Pemain berusia 26 tahun itu yang boleh beraksi di bahagian tengah dan sayap mula mewakili skuad Hobin Jang Hobin pada musim 2024/2025 dan kemudian kontraknya dilanjutkan lagi iaitu sehingga 2026/2027.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:0017:0020:0023:0002:0005:00
Latest 06:43 MYT
11New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 13:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Sasaki tak sabar kembali bantu NSFC
Berita HarianNewsmainstreamBM
Sasaki dijangka kembali perkuat NSFC
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.