
‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
NILAI – Ahli keluarga tidak menyangka adik bongsu yang dikenali sebagai seorang periang dan ceria pergi buat selama-lamanya dalam keadaan tragis, apatah lagi apabila mangsa tidak pernah menunjukkan masalah dihadapi. (Kosmo!, 09:30)
Read the reporting
1 report
[VIDEO] ‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’
NILAI – Ahli keluarga tidak menyangka adik bongsu yang dikenali sebagai seorang periang dan ceria pergi buat selama-lamanya dalam keadaan tragis, apatah lagi apabila mangsa tidak pernah menunjukkan masalah dihadapi.
Itulah kesedihan ditanggung, Amran Ibrahim, 59, apabila adik bongsunya itu, Allahyarham Norhazwani, 35, ditemui maut dipercayai dibunuh suami sendiri di sebuah unit kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Menurut Amran, Allahyarham yang mesra dipanggil Paney atau Moksu tidak pernah berkongsi secara terperinci masalah rumah tangga dihadapinya, walaupun keluarga difahamkan dia sedang melalui proses perceraian.
Katanya, berita kematian adik bongsu daripada sembilan beradik itu diterima kira-kira pukul 7.30 malam selepas seorang lagi adiknya memaklumkan perkara berkenaan.
“Suami arwah menghubungi adik saya dan memberitahu bahawa dia sudah membunuh isterinya sebelum menyerah diri di balai polis.
“Saya kemudian menghubungi Balai Polis Sepang untuk bertanyakan perkara itu sebelum diminta merujuk kepada Balai Polis Nilai. Pihak polis mengesahkan adik saya dipercayai ditikam suspek,” katanya ketika ditemui.
Amran berkata, dia terlalu sedih apabila menerima berita berkenaan sehingga sukar menggambarkan perasaannya kehilangan adik kandung sendiri dalam kejadian menyayat hati itu.
“Sedih, memang sedih sangat. Saya tidak boleh nak cakap apa-apa, terlalu sedih,” katanya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pegawai kerajaan berusia 35 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit kuarters KLIA, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.- KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)
The post [VIDEO] ‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.