Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Sasaran defisit fiskal dijangka pengaruhi pergerakan ringgit

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 07:57 MYTLatest activity 9 Oct, 07:57BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Pembentangan Belanjawan 2027 berpotensi mempengaruhi pergerakan ringgit dalam jangka pendek, khususnya melalui perubahan sentimen dan keyakinan pelabur terhadap kedudukan fiskal serta prospek ekonomi Malaysia. (Utusan Malaysia, 07:57)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Sasaran defisit fiskal dijangka pengaruhi pergerakan ringgit

By NUR NAZLINA NADZARI · 9 Oct, 07:57 MYT

PETALING JAYA: Pembentangan Belanjawan 2027 berpotensi mempengaruhi pergerakan ringgit dalam jangka pendek, khususnya melalui perubahan sentimen dan keyakinan pelabur terhadap kedudukan fiskal serta prospek ekonomi Malaysia.

Profesor Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Law Siong Hook berkata, sasaran defisit fiskal merupakan satu daripada petunjuk penting yang digunakan oleh pelabur untuk menilai keupayaan kerajaan mengurus perbelanjaan, mengawal pertambahan hutang dan mengekalkan kestabilan makroekonomi.

“Sekiranya kerajaan mengumumkan sasaran pengurangan defisit fiskal yang realistik dan disokong oleh langkah konsolidasi fiskal yang meyakinkan, perkembangan tersebut boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kemampanan kewangan negara.

“Keyakinan yang bertambah baik berpotensi menyokong permintaan terhadap aset kewangan dalam denominasi ringgit, termasuk sekuriti hutang kerajaan, sekali gus memberikan sokongan kepada mata wang tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Namun begitu, beliau berkata, reaksi pasaran tidak bergantung semata-mata pada angka defisit yang diumumkan, tetapi juga pada sejauh mana sasaran tersebut memenuhi atau mengatasi jangkaan pasaran.

Menurutnya, sekiranya pengurangan defisit telah dijangkakan lebih awal, kesannya terhadap ringgit mungkin terhad.

Sebaliknya, tambahnya, sasaran yang lebih lemah daripada jangkaan atau pelan pelaksanaan yang kurang meyakinkan boleh menimbulkan tekanan terhadap ringgit.

“Dalam konteks semasa, faktor luaran juga perlu diberi perhatian. Perkembangan dasar monetari Amerika Syarikat (AS), khususnya jangkaan terhadap kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed), boleh mempengaruhi kekuatan dolar AS dan aliran modal antarabangsa.

“Justeru, walaupun Belanjawan 2027 menunjukkan komitmen fiskal yang kukuh, pengukuhan ringgit mungkin masih dibatasi oleh kekuatan dolar AS atau ketidaktentuan pasaran kewangan global,” ujarnya.

Mengulas mengenai sasaran defisit fiskal yang positif kepada pengukuhan ringgit, beliau berkata, sasaran sekitar 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2027 boleh dianggap sebagai perkembangan positif dan munasabah sekiranya dibandingkan dengan sasaran defisit 3.5 peratus bagi 2026.

Siong Hook berkata, sasaran ini juga menunjukkan kesinambungan usaha konsolidasi fiskal kerajaan ke arah mencapai defisit sekitar 3.0 peratus daripada KDNK menjelang 2028.

“Sebagai konteks, Apex Securities mengunjurkan defisit fiskal Malaysia menyusut kepada 3.3 peratus daripada KDNK pada 2027, manakala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut mengiktiraf komitmen Malaysia untuk mencapai sasaran defisit 3.0 peratus menjelang 2028.

“Angka 3.3 peratus ini merupakan unjuran pasaran, bukannya sasaran rasmi Belanjawan 2027 yang telah diumumkan.

“Sekiranya kerajaan mengumumkan sasaran defisit lebih rendah, misalnya sekitar 3.0 peratus hingga 3.2 peratus daripada KDNK, ia mungkin memberikan kejutan positif kepada pasaran dan menyokong pengukuhan ringgit, dengan syarat sasaran tersebut mempunyai asas yang kukuh serta tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berpandangan bahawa prospek ringgit sehingga akhir 2026 masih berpotensi kekal stabil dengan kecenderungan untuk mengukuh secara beransur-ansur, sekiranya Belanjawan 2027 dapat meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kedudukan fiskal negara dan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Pada paras sekitar RM4.08 bagi setiap dolar AS, ringgit mempunyai ruang untuk mengukuh sekiranya sasaran pengurangan defisit fiskal memenuhi atau mengatasi jangkaan pasaran, aliran masuk pelaburan asing berterusan dan prospek ekonomi domestik kekal positif,” jelasnya. – UTUSAN

The post Sasaran defisit fiskal dijangka pengaruhi pergerakan ringgit appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:03 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 07:57 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:57

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.