
Sauna bantu segarkan tubuh, tenangka minda
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SAUNA bukan sekadar tempat untuk mengeluarkan peluh, malah ia satu amalan tradisional yang telah diamalkan sejak berabad-abad lamanya sebagai cara semula jadi untuk menyegarkan tubuh dan menenangkan minda. (Berita Harian, 12:52)
Read the reporting
1 report
Sauna bantu segarkan tubuh, tenangka minda
SAUNA bukan sekadar tempat untuk mengeluarkan peluh, malah ia satu amalan tradisional yang telah diamalkan sejak berabad-abad lamanya sebagai cara semula jadi untuk menyegarkan tubuh dan menenangkan minda.
Sehingga hari ini, sauna masih menjadi pilihan ramai kerana manfaatnya terhadap kesihatan dan kesejahteraan.
Sauna berfungsi dengan menggunakan haba kering atau wap panas untuk meningkatkan suhu badan, sekali gus merangsang proses berpeluh.
Di sesetengah pusat sauna, herba-herba semula jadi seperti serai, daun limau purut, halia atau kayu putih turut digunakan bagi menghasilkan aroma yang memberi kesan relaksasi.
Bagaimanapun, manfaat kesihatan utama sauna dikatakan adalah berpunca daripada haba itu sendiri manakala penggunaan herba lebih kepada memberikan pengalaman yang lebih selesa dan menyenangkan.
Antara manfaat sauna yang disokong oleh kajian termasuk membantu melancarkan peredaran darah, merehatkan otot yang tegang, mengurangkan sakit dan kekejangan otot selepas aktiviti fizikal serta memberi rasa relaks.
Haba daripada sauna juga boleh membantu melegakan saluran pernafasan dan sinus buat sementara waktu, terutama bagi individu yang mengalami hidung tersumbat.
Selain itu, terdapat bukti penggunaan sauna secara berkala boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan saluran darah.
Kajian pemerhatian dari Finland mendapati, amalan sauna yang konsisten dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah.
Selain itu, banyak manfaat kesihatan sauna dikatakan berpunca daripada proses menyingkirkan toksin, sel kulit mati dan bahan buangan lain daripada kehidupan seharian yang mungkin tidak dikeluarkan dengan mudah oleh tubuh (sering disebut sebagai "detoks").
Manfaat kesihatan
Apabila badan anda berpeluh, ia mengeluarkan bahan-bahan itu daripada tubuh, dan anda boleh menggantikannya dengan air bersih dan segar.
Bukan sahaja penghidratan sangat baik untuk tubuh, malah ia membantu memastikan tubuh anda mendapat bekalan air yang mencukupi, membuatkan anda berasa lebih segar dan bertenaga.
Namun, sauna tidak boleh dianggap sebagai rawatan utama atau pengganti gaya hidup sihat dan rawatan perubatan.
Bagaimanapun, ramai penggemar sauna mengakui, sauna membantu mengurangkan stres.
Suasananya yang hangat dan sunyi tanpa gangguan, ideal untuk individu mencari ketenangan.
Pada masa sama, kehangatan sauna juga mampu merehatkan otot tubuh, melancarkan peredaran darah dan merangsang pengeluaran endorfin iaitu hormon gembira dari tubuh.
Kajian dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine mengkaji penggunaan sauna untuk membantu melegakan kesakitan dan merawat simptom sakit kepala (ketegangan kronik) yang kerap berlaku lebih daripada 15 hari dalam sebulan.
Selepas pendedahan kepada sauna selama lapan minggu, peserta melaporkan pembaikan yang ketara dalam sakit kepala.
Dalam pada itu, manfaat sauna dalam mengurangkan tekanan boleh membantu mendapatkan tidur yang lebih lena.
Selain ketenangan yang hadir secara semula jadi daripada wap panas, keseluruhan pengalaman berada di sauna sememangnya membantu menyediakan tubuh dan minda untuk tidur yang lebih berkualiti.
Tidur malam lebih lena
Bagi ramai orang, berasa letih selepas keluar dari sauna adalah perkara yang normal, namun kebanyakan mereka menganggapnya sebagai keletihan akibat kepanasan.
Anggapan ini ada benarnya, walaupun anda hanya duduk dan tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, tubuh anda sebenarnya bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan suhu panas, sekali gus menyebabkan tenaga anda berkurangan secara semula jadi.
Oleh sebab itu, sesi sauna pada lewat petang atau waktu malam sering menjadi pilihan yang tepat untuk membantu mendapatkan tidur malam yang lebih lena.
Sementara itu, menurut Harvard Health Publishing, sauna secara amnya dianggap selamat bagi kebanyakan orang.
Bagaimanapun, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal atau penyakit jantung perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sauna.
Bagi memastikan pengalaman bersauna kekal selamat, beberapa langkah berjaga-jaga perlu dipatuhi;
- Elakkan pengambilan alkohol dan ubat-ubatan yang boleh mengganggu proses berpeluh atau menyebabkan badan menjadi terlalu panas sebelum dan selepas bersauna.
- Hadkan masa berada di dalam sauna kepada 15 hingga 20 minit sahaja.
- Sejukkan badan secara beransur-ansur selepas keluar dari sauna.
- Minum dua hingga empat gelas air sejuk selepas setiap sesi sauna untuk menggantikan cecair yang hilang.
- Jangan gunakan sauna jika anda sedang sakit. Jika berasa pening, sesak nafas, loya atau tidak selesa ketika bersauna, segera keluar dan dapatkan bantuan jika gejala berterusan.
Walaupun sauna menawarkan pelbagai manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental, ia bukanlah pengganti senaman, pemakanan seimbang atau rawatan perubatan.
Sebaliknya, sauna wajar dijadikan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat bagi menikmati manfaatnya secara optimum dan selamat. - AGENSI
INFO:
Walaupun secara amnya penggunaan sauna adalah selamat, pakar perubatan menasihatkan supaya mengelakkan penggunaan sauna dalam situasi berikut:
- Jika anda baru-baru ini mengalami serangan jantung atau strok.
- Jika anda sudah mengambil minuman beralkohol.
- Anda juga disarankan untuk berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan sebelum menggunakan sauna jika;
- Anda berumur lebih daripada 65 tahun.
- Anda berumur di bawah 16 tahun.
- Anda sedang hamil atau sedang cuba untuk hamil.
- Anda mempunyai masalah jantung tertentu, seperti penyakit jantung, stenosis aorta yang teruk, kegagalan jantung, atau tekanan darah tinggi/rendah.
- Anda mempunyai keadaan neurologi tertentu seperti epilepsi.
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.