Malaysian Attention Engine
PeakConfirmedupdated 32 min ago

'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
53
+67% / 60 min
Momentum
67
5 vs 3 mentions/h
Sources
8
8 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 11:00 MYTLatest activity 17 Oct, 11:39ENBMconfidence 94%

What happened

Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui hanya dirinya dan seorang wanita berada di lokasi ketika pegawai Jais tiba. PETALING JAYA: Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau antara dua individu ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam kes individu bukan muhrim berdua-duaan di tempat tertutup di sini, 15 Okt lalu. (Free Malaysia Today, 11:00)

Read the reporting

8 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Nik Nazmi mengaku ditahan JAIS

By Nurhanim Osman · 17 Oct, 11:36 MYT

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kelmarin.

Dalam kenyataan dimuat naik menerusi Instagram hari ini, bekas Naib Presiden PKR itu yang kini menerajui parti BERSAMA berkata, kejadian itu ketika beliau bersama rakan-rakan mengadakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur.

Mereka kemudian memutuskan untuk meneruskan perbincangan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

Beliau berkata, ketika pegawai JAIS tiba, hanya beliau dan wanita yang ditahan bersamanya berada di lokasi berkenaan.

"Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan. Seperti yang saya maklumkan juga kepada pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka," katanya.

Nik Nazmi berkata, beliau tidak mahu memanjangkan isu berkenaan dan memohon maaf kepada keluarganya dan keluarga wanita berkenaan serta semua pihak yang terkesan berikutan kejadian itu.

Beliau turut memohon maaf kepada parti BERSAMA kerana mengecewakan ahli dan penyokong parti, selain menyatakan kesediaan menerima apa juga keputusan yang bakal dibuat parti berhubung insiden berkenaan.

"Saya juga memohon maaf kepada parti BERSAMA kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong BERSAMA, memandangkan perkara ini menjejaskan parti dan akan menerima apa juga keputusan parti," katanya.

Nik Nazmi turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan yang berkaitan dan pada masa sama berharap semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbincangan mengenai insiden itu menerusi media.

Semalam, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan dua individu ditahan kira-kira jam 6 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurut kenyataan JAIS, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 8 · arrow keys switch reports

Why it is peak

  • 7 mentions in the last hour after none the hour before
  • 7 independent sources, 7 new in the last hour
  • Driven by news coverage (8 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 8 mentions/hpeak 61NEWRISINGACCELERATINGEXPLODINGPEAKnow12:00
Latest 12:09 MYT
53Peak
Mentions / h5Velocity0.08/minSources8Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First English coverage (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
  4. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  5. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
  6. State
    Rising

    4 sources, growth +400%, z 0.0

  7. State
    Accelerating

    growth +500% with positive acceleration

  8. State
    Exploding

    attention 60, growth +700%, 1 platforms, 7 sources

Where it started

Free Malaysia Today (News)
17 Oct, 11:00 MYT
Origin confidence 60% · 4 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    11:00
  2. Step 2
    News
    The Vibes
    11:19 · +19 min
Cited on platforms we cannot ingest directly

Internet reaction

News · 1

What we know

  • Covered by 6 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (10)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.