
Percaya ‘ustaz’ mampu ganda wang, simpanan RM42,580 pesara lesap
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu percaya dengan seorang lelaki mengaku ustaz kononnya mampu menggandakan wang, simpanan RM42,580 seorang wanita warga emas lesap begitu sahaja. (Kosmo!, 11:20)
Read the reporting
2 reports
Pesara wanita rugi RM42,580 diperdaya 'Tuan Guru'
KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang wanita warga emas di sini menggandakan wang simpanan miliknya hingga mencecah RM300,000 tidak kesampaian apabila diperdaya 'Tuan Guru' hingga kerugian lebih RM40,000.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga pesara kerajaan berusia 71 tahun itu kira-kira jam 11.06 malam kelmarin.
Katanya, mangsa yang kehilangan wang simpanannya terperangkap dalam taktik penipuan berkenaan selepas melihat satu iklan menerusi aplikasi Facebook pada 7 Oktober lalu yang menawarkan skim menggandakan wang.
"Mangsa berminat menyertai skim itu kemudian meninggalkan nombor telefonnya di ruangan komen pada halaman berkenaan. Dia kemudian menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai 'Ustaz Hilmi Firdausi'.
"Selepas menerima penerangan dari ustaz tersebut, mangsa kemudian menyatakan minat menyertai skim ganda wang berkenaan kerana kononnya akan mendapat pulangan sebanyak RM300,000," katanya.
Azli berkata, untuk menyertai skim itu, mangsa diarah menghubungi nombor telefon yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai 'Tuan Guru Abdul Aziz Bin Razali'.
Katanya, `Tuan Guru' itu kemudian mengarahkan mangsa membuat pembayaran sekiranya mahu menggandakan wang.
"Mangsa kemudian melakukan lima kali transaksi secara berperingkat ke empat akaun bank berbeza berjumlah RM42,580. Selepas selesai, mangsa diarah memindahkan RM50,000 lagi ke akaun bank milik mangsa sendiri, kononnya bagi mengaktifkan akaun bertujuan memasukkan wang gandaan itu.
"Mangsa bagaimanapun tidak mengikuti arahan tersebut kerana menyedari sudah ditipu sebelum membuat laporan polis," katanya sambil mengesahkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.