Malaysian Attention Engine
Live wire
56'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS50World : 11 Missing After Cargo Ship Catches Fire Off Indonesia's Bengkulu44Ibu pelakon Syafiq Kyle meninggal dunia44Dua beranak sesat di hutan42Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB41Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial40Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca40PH reps slam Negeri Sembilan govt over postponed legislature sitting40Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran39Sport : Star City FC Crush Kelantan Red Warriors 5-2
NewConfirmedupdated 52 min ago

Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 10:15 MYTLatest activity 17 Oct, 10:35BMconfidence 58%

What happened

Seri Paduka Baginda menegaskan adab merupakan asas penting dalam membentuk perpaduan, keharmonian dan maruah negara. (Astro Awani (BM), 10:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Jangan jadikan media sosial pentas menghina -Agong

By .NURAINA HANIS ABD. HALIM · 17 Oct, 10:35 MYT

PETALING JAYA: Media sosial tidak seharusnya dijadikan pentas untuk menghina, memaki, mencaci dan menjatuhkan maruah seseorang.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kemajuan dunia digital dan media sosial pada hari ini menyaksikan ada pihak yang lupa adab sehingga bebas menghina, mencaci, memaki dan menjatuhkan maruah orang lain.

Seri Paduka Baginda justeru itu mengingatkan rakyat khususnya generasi muda untuk menggunakan media sosial dengan penuh adab dan menghormati orang lain.

“Suka saya ingatkan setiap kebebasan datang bersama tanggungjawab. Saya seru gunakan media sosial dengan penuh adab serta hormat kepada orang lain.

“Jangan jadikan media sosial sebagai pentas untuk menghina, memaki, mencaci dan menjatuhkan maruah seseorang,” titah Sultan Ibrahim dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-105 hari ini.

Seri Paduka Baginda yang juga Canselor UiTM bertitah supaya teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak disalahgunakan untuk menghasilkan gambar dan video palsu dengan niat menghina serta memalukan seseorang.

Sultan Ibrahim menyeru rakyat supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sesuatu berita sebelum memastikan kesahihannya.

“Jangan kerana mahu jadi orang pertama yang berkongsi sesuatu yang belum pasti akhirnya kita menjadi orang yang menyebarkan fitnah dan kebencian,” titah Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah, perbezaan pandangan bukan alasan untuk bermusuhan, sebaliknya ia boleh disampaikan dengan bahasa yang baik dan beradab.

Titah Seri Paduka Baginda, di sebalik setiap nama dan wajah yang dibenci serta dicaci, terdapat insan yang mempunyai keluarga, maruah dan perasaan.

Yang di-Pertuan Agong justeru itu berharap dapat melihat sebuah masyarakat yang matang dan berkomunikasi secara bebas serta bersuara dengan penuh adab.

“Berani memberi pandangan tetapi tidak menghina dan tegas mempertahankan pendirian tanpa menanam kebencian.

“Jika hendak mengkritik, sampaikan secara membina. Jika hendak menegur, maka tegurlah dengan penuh berhemah,” titah Seri Paduka Baginda.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan Kampus Jalan Othman dinamakan sebagai Kampus Tun Arshad Ayub sebagai menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Dr Arshad Ayub terhadap penubuhan dan pembangunan UiTM.

Sultan Ibrahim bertitah, universiti berkenaan telah melalui tujuh dekad dalam membangun dan mengangkat martabat bangsa.

“Sepanjang tempoh tersebut banyak nama-nama besar yang telah menempuh pintu gerbang universiti ini. Antara tokoh besar yang amat berjasa ialah Allahyarham Tun Arshad Ayub yang telah menaruhi penubuhan dan pembangunan universiti ini semenjak tahun 1965.

“Justeru, sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, saya telah berkenan Kampus Jalan Othman untuk dinamakan sebagai Kampus Tun Arshad Ayub.

“Semoga segala jasa beliau dilimpahi dengan ganjaran daripada Allah SWT,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda turut mengucapkan tahniah kepada para graduan, ibu bapa dan seluruh keluarga universiti atas kejayaan yang dicapai.

“Semoga Universiti Teknologi Mara akan terus memaju kejayaan dalam melahirkan anak bangsa yang berjaya demi kemajuan negara,” titah Sultan Ibrahim. – UTUSAN

The post Jangan jadikan media sosial pentas menghina -Agong appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow11:00
Latest 11:04 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
17 Oct, 10:15 MYT
Origin confidence 90% · 20 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    10:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.