
SC lanjut tempoh hasrat penswastaan Yinson
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memberi tempoh lanjutan sehingga 30 November 2026 untuk Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB), MISC Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan hasrat mereka berhubung cadangan penswastaan Yinson Holdings Bhd. (Berita Harian, 19:04)
Read the reporting
1 report
SC lanjut tempoh hasrat penswastaan Yinson
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memberi tempoh lanjutan sehingga 30 November 2026 untuk Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB), MISC Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan hasrat mereka berhubung cadangan penswastaan Yinson Holdings Bhd.
Yinson Holdings melalui makluman kepada Bursa Malaysia berkata, lanjutan itu diterima dalam satu surat pada 19 Oktober lalu.
Lanjutan itu akan membolehkan pihak terbabit agar menilai dan membincangkan skim yang dicadangkan.
"Skim yang dicadangkan itu tetap tertakluk kepada, antara lain, penilaian dan rundingan antara pihak berkenaan, pelaksanaan perjanjian muktamad, penentuan harga tawaran akhir selain apa-apa kelulusan serta syarat lain yang diperlukan.
"Oleh itu, tiada jaminan bahawa perbincangan itu akan membawa kepada atau menghasilkan pelaksanaan skim yang dicadangkan itu," katanya.
Dalam makluman berasingan oleh MISC Bhd, syarikat itu memberitahu cadangan penswastaan penerima tawaran akan dilakukan melalui skim pengaturan di bawah Seksyen 366 Akta Syarikat 2016.
Ia juga menjelaskan pengumuman itu tidak membulatkan niat bagi menswastakan penerima tawaran (Yinson Holdings) dan tiada kepastian bahawa sebarang tawaran atau urus niaga akhirnya akan dibuat.
Pada 28 Ogos lalu, YLSB mencadangkan potensi penswastaan pada harga tawaran indikatif RM2.35 sesaham berikutan perbincangan awal dengan MISC, KWSP dan pemegang kepentingannya yang lain.
- BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian19:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.