Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Sebar khabar angin kubur kanak-kanak di bumbung rumah, lelaki dikenakan hukuman di China

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:14 MYTLatest activity 14 Oct, 13:14BMconfidence 60%

What happened

Beijing: Polis di barat daya China menafikan khabar angin mengenai penemuan kubur seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di atas bumbung sebuah bangunan kediaman selepas pemeriksaan mendapati tulang yang ditemukan sebenarnya milik haiwan, lapor South China Morning Post. (Harian Metro, 13:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Sebar khabar angin kubur kanak-kanak di bumbung rumah, lelaki dikenakan hukuman di China

By Agensi · 14 Oct, 13:14 MYT

Beijing: Polis di barat daya China menafikan khabar angin mengenai penemuan kubur seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di atas bumbung sebuah bangunan kediaman selepas pemeriksaan mendapati tulang yang ditemukan sebenarnya milik haiwan, lapor South China Morning Post.

Pada 5 Oktober lalu, seorang wanita, Li dari Chengdu, wilayah Sichuan, memberitahu media tempatan bahawa dia menemukan sesuatu yang kelihatan seperti kubur di atas bumbung yang terletak di atas unit kediamannya.

Difahamkan, Li membeli rumah itu di tingkat tujuh itu pada 2017 dan menyewakannya sejak itu.

Seorang jiran, Liu, 73, kemudian memberitahunya bahawa bumbung berkenaan ialah lokasi pengebumian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang pernah tinggal di bangunan itu sebelum meninggal dunia akibat penyakit pada September 2009.

Dalam pada itu, rakaman video yang diambil Li menunjukkan sesuatu yang kelihatan seperti tulang, termasuk gigi, ditanam di bawah timbunan batu dan rumpai sebelum dia memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Li menuduh pemilik terdahulu menyembunyikan kewujudan kubur berkenaan kerana perkara itu boleh menjejaskan nilai hartanah, selain mahu mengambil tindakan terhadap penjual itu, namun gagal menghubunginya.

Penemuan itu kemudian mencetuskan kekecohan di media sosial dengan pengguna internet meluahkan kebimbangan mengenai dakwaan pengebumian di atas bumbung dan kemungkinan kesannya terhadap harga hartanah.

Menurut seorang peguam, pengebumian di luar tanah perkuburan yang ditetapkan adalah menyalahi undang-undang di China, manakala Li boleh memohon pembatalan urus niaga hartanah dan menuntut pampasan jika penjual sengaja menyembunyikan kubur berkenaan.

Bagaimanapun, pada 8 Oktober lalu, polis mengesahkan tiada kubur di atas bumbung itu, sebaliknya hanya terdapat batas bunga yang mengandungi sisa haiwan.

"Tiada batu nisan, tempayan abu mayat atau barangan lain berkaitan pengebumian ditemukan di lokasi berkenaan.

"Ujian mendapati serpihan tulang itu milik haiwan ternakan atau unggas, manakala gigi yang ditemukan sepadan dengan gigi ikan," katanya.

Selepas menyemak rekod kematian dan menemu bual penduduk, polis menolak dakwaan mengenai kubur kanak-kanak lelaki itu sebagai khabar angin yang berpunca daripada Liu.

Liu, yang motifnya masih tidak jelas, dikenakan hukuman pentadbiran, manakala undang-undang China memperuntukkan hukuman tahanan sehingga 10 hari dan denda 500 yuan (kira-kira RM305.20) bagi kesalahan menyebarkan khabar angin.

Dalam kes serius yang membabitkan gangguan terhadap ketenteraman awam, pesalah boleh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, manakala pengguna internet mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai kisah sensasi atau menyebarkan maklumat palsu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:00
Latest 14:02 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 13:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.