Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM43World : Cambodia, Thailand Agree On Trust-Building Steps In Maritime Boundary Talks In The Hague41World : Musk Pledges One SpaceX Share To Every US Child Next Year41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful40General : MPS Urged To Be Cautious With Words To Avoid Controversies In Dewan Rakyat – Johari40KL20: Kerajaan terus tambah baik inisiatif sedia ada - Akmal Nasir38Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 202638Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals35Business : Malaysia Is Back In Business, Amir Hamzah Tells IMF-World Bank Meetings35MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

'Segera tangani polemik sistem percukaian negara' - Radzi Jidin

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 17:59 MYTLatest activity 19 Oct, 17:59BMconfidence 60%

What happened

'Segera tangani polemik sistem percukaian negara' - Radzi Jidin (Harian Metro, 17:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

'Segera tangani polemik sistem percukaian negara' - Radzi Jidin

By Muhammad Yusri Muzamir · 19 Oct, 17:59 MYT

am@hmetro.com.m

Kuala Lumpur: Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan hala tuju sistem percukaian negara susulan perbezaan pandangan yang dikatakan wujud antara gabungan politik membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Perbezaan itu membabitkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diguna pakai ketika ini, selain hasrat mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan syor menggabungkan kedua-dua sistem percukaian terbabit.

Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berkata, situasi ketidaktentuan itu tidak boleh dibiarkan berlarutan yang akan memberi impak negatif kepada masyarakat pelbagai lapisan, termasuk industri dan perniagaan.

Naib Presiden BERSATU itu juga menyuarakan kekhuatiran sistem percukaian berbeza akan diperkenal kerajaan, setiap kali penggal pilihan raya baharu, jika ia digunakan sebagai modal politik, sekali gus merencatkan pembangunan negara.

Beliau juga berharap kerajaan mengambil pendekatan lebih terbuka bagi membincangkan sistem asas percukaian seperti dicadangkan, selain berkongsi data berkaitan ketika pelaksanaan GST dan SST.

"Demi masa depan negara, saya cadangkan semua parti politik bersama membincangkan sistem asas cukai terbaik. Kita ketepikan politik dan kita letakkan kepentingan rakyat, peniaga dan ekonomi negara di hadapan.

"Kita mungkin boleh mengambil pendekatan cukai di luar kebiasaan, panggillah apa nama sekalipun, paling penting semua pihak setuju dan tidak menggunakannya sebagai modal politik," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Pada Ogos lalu, kerajaan dilapor terbuka melakukan kajian keperluan menggabungkan SST dengan GST bagi menambah baik sistem percukaian negara ke arah lebih progresif.

Dalam pada itu, Radzi turut mempersoalkan peranan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mendaftarkan pelarian memandangkan Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Lebih membimbangkan, katanya, kerajaan tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai 225,000 pelarian didaftarkan UNHCR, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai jaminan individu terbabit benar-benar pelarian.

"Tindakan UNHCR mendaftarkan lebih 225,000 pelarian dan menempatkan sejumlah kecil daripadanya ke negara ketiga adalah tindakan tidak adil untuk Malaysia. Ia seolah-olah meletakkan negara dalam perangkap.

"Adakah ia membabitkan pemutihan dan penapisan 225,000 pelarian dengan kad UNHCR atau nanti akan terdapat kumpulan berdaftar di bawah DPP (Dokumen Pendaftaran Pelarian) dan satu lagi yang berdaftar dengan UNHCR?

"Adakah kerajaan sudah memberi tekanan sewajarnya kepada UNHCR supaya mereka menghantar seramai mungkin pelarian didaftarkan agensi berkenaan ke negara ketiga?

"Mengapa kerajaan tidak segera menghentikan UNHCR mendaftarkan pelarian yang hendak masuk ke Malaysia? Kerajaan perlu tegas dan tidak boleh terlalu berlembut mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, Radzi menyuarakan kebimbangan mengenai isu kecurian kabel yang menjejaskan perkhidmatan tren, membabitkan kerugian bernilai RM16.3 juta antara 2024 hingga Jun lalu.

"Kegiatan ini turut membabitkan sindiket terancang. Persoalannya, siapa yang membeli kabel curi ini? Berapa ramai pencuri, anggota sindiket dan pembeli kabel curi sudah didakwa dan disabitkan?

"Kita mesti menangani punca masalah, bukan sekadar terus menggantikan kabel dicuri. Bila pindaan akan dibentang dan adakah hukuman terhadap sindiket serta pembeli kabel curi turut diperkukuh?" katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 18:10 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 17:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.