
Sekotak tepung pelita, bermulalah cinta ke jinjang pelamin
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Sekotak tepung pelita, bermulalah cinta ke jinjang pelamin (Harian Metro, 19:19)
Read the reporting
1 report
Sekotak tepung pelita, bermulalah cinta ke jinjang pelamin
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Siapa sangka, sekadar membalas hantaran di Instagram (IG) ketika Ramadan lalu akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan, malah lebih manis apabila perkenalan itu bermula dengan sekotak kuih tepung pelita dan sekeping kertas tertera nombor telefon.
Itulah permulaan kisah cinta, pegawai bank, Hildatul Ayu Yahya, 36, dan suaminya, Azzlan Zull Affanddy Jamaludin, 40, yang disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 10 Oktober lalu.
Hildatul Ayu berkata, permulaannya mereka berdua berbalas mesej di IG di mana masing-masing mendoakan supaya naik pelamin.
Menurutnya, mereka sebelum ini tidak pernah mengenali antara satu sama lain, malah suaminya itu pernah beberapa kali membalas komen di IG namun dia tidak pernah membalasnya.
"Cuma sekitar Mac lalu ketika Ramadan itulah baru saya membalas dan selepas itulah baru kami berkenalan lebih mendalam.
"Malah ketika itu saya juga ada memberitahu teringin menikmati kuih tepung pelita Paya Jaras dan kebetulan suaminya tinggal di Sungai Buloh.
"Tanpa disangka keesokan harinya dia (suami) mengambil inisiatif menghantar 30 biji kuih itu ke pejabat saya di Gombak," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Malah suami turut meninggalkan sekeping kertas bertulis 'Enjoy, Azzlan' berserta nombor telefon. Dari situ, bermulalah perkenalan mereka.
Katanya, dia tidak pernah menganggap dirinya sedang mencari jodoh secara khusus, sebaliknya percaya pertemuan itu adalah aturan Allah SWT.
"Hubungan kami berkembang apabila masing-masing mengambil keputusan berkunjung ke rumah keluarga pasangan pada Aidilfitri, sekali gus membuka ruang untuk mengenali keluarga dan membina keserasian.
"Kami kemudian mengikat tali pertunangan pada 4 Julai lalu sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu dengan memilih lokasi Jiwa Melaka di Dataran Pahlawan Melaka sebagai tempat majlis perkahwinan kami," katanya.
Mengulas pemilihan tarikh berkenaan, Hildatul Ayu berkata, ia dipilih kerana ia tarikh yang cantik dan antara tarikh terdekat ketika mereka merancang untuk bernikah.
"Sejak awal perkenalan, suami sudah menyatakan niat untuk menjalinkan hubungan yang menuju ke alam perkahwinan menerusi prinsip 'date to marry'.
"Sifat kebapaan suami antara perkara yang membuatkan saya yakin untuk memilih lelaki itu sebagai teman hidup, lebih-lebih lagi saya sudah mempunyai dua cahaya mata," katanya.
Selain memahami erti tanggungjawab, suami juga seorang yang tegas, namun mempunyai sisi kelakar dan spontan yang menceriakan hubungan mereka.
Bagi dirinya, perkahwinan itu bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi permulaan perjalanan baharu bersama keluarga yang dibina atas dasar kasih sayang, tanggungjawab dan kepercayaan terhadap aturan Ilahi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.