
Selangor lancar tiga inisiatif perkukuh ekosistem pelaburan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Selangor melancarkan tiga inisiatif baharu bagi memperkukuh ekosistem pelaburan negeri itu, meliputi promosi peluang pelaburan, pembangunan bakat dan peningkatan daya tarikan taman perindustrian kepada pelabur. (Berita Harian, 13:19)
Read the reporting
1 report
Selangor lancar tiga inisiatif perkukuh ekosistem pelaburan
KUALA LUMPUR: Selangor melancarkan tiga inisiatif baharu bagi memperkukuh ekosistem pelaburan negeri itu, meliputi promosi peluang pelaburan, pembangunan bakat dan peningkatan daya tarikan taman perindustrian kepada pelabur.
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd, Datuk Hasan Azhari Idris, berkata inisiatif berkenaan bertujuan meningkatkan keterlihatan serta daya saing Selangor sebagai destinasi pelaburan pilihan selain memudahkan pelabur mendapatkan maklumat dan mengakses kemudahan perindustrian yang bersesuaian.
Tiga inisiatif itu ialah penerbitan buku promosi pelaburan Selangor, pelancaran laporan 'Elevating Selangor's Potential as a Global Talent Powerhouse' dan program 'Invest Selangor Preferred Industrial Park'.
Beliau berkata, buku promosi pelaburan berkenaan menghimpunkan maklumat mengenai kelebihan, peluang dan tawaran pelaburan di Selangor sebagai rujukan kepada pelabur sedia ada dan berpotensi.
"Penerbitan ini diharap dapat menyokong usaha berterusan kami untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan," katanya ketika berucap pada Pameran Pelaburan dan Taman Perindustrian Selangor (SPARK) 2026, di sini, hari ini.
Sementara itu, laporan pembangunan bakat yang dibangunkan menerusi kerjasama Invest Selangor dan Randstad Malaysia bertujuan menilai ekosistem bakat negeri, permintaan tenaga kerja mengikut sektor, keupayaan tenaga kerja menyesuaikan diri serta penanda aras imbuhan.
Hasan berkata, laporan itu dapat membantu pelabur dan pemain industri memahami kelebihan tenaga kerja Selangor dalam menyokong operasi perniagaan serta perancangan pengembangan mereka.
Bagi inisiatif ketiga, program 'Invest Selangor Preferred Industrial Park' bertujuan menyelaraskan promosi taman perindustrian di Selangor bagi meningkatkan keterlihatan dan daya tarikannya kepada pelabur berpotensi.
"Menerusi program itu, Invest Selangor akan memudah cara rujukan terus pelabur kepada pemaju taman perindustrian bagi memastikan hubungan yang bersesuaian dapat diwujudkan berdasarkan keperluan pelaburan," katanya.
Antara pemaju yang menyertai program berkenaan bagi 2026 ialah Sunway Rawang City, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), NCT Land, EcoWorld dan Sime Darby Property.
SPARK 2026 berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.