Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Nepal Seeks Legal Amendments To Expedite Death Certs For 54 M'sians – Mohamad Hasan5227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti51Politics : N. Sembilan Crisis Will Not Derail BN's Melaka Polls Preparations - Tok Mat45Abbe Hae didakwa ditahan polis44General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance44World : Malaysia Advises Citizens To Postpone Non-Essential Travel To France Amid Demonstrations43[TERKINI] Demonstrasi Perancis: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting - Wisma Putra43Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang34Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal34NVIDIA Denies RTX 5090 Discontinuation Rumors, Admits Supply Is Tight
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Selangor sasar hab robotik serantau, tarik pelabur China

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 12:31 MYTLatest activity 18 Oct, 12:31BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Selangor menyasarkan untuk muncul sebagai antara hab robotik dan pembuatan termaju terbesar di rantau ini menerusi kerjasama strategik antara NCT World Sdn Bhd (NCT World), anak syarikat NCT Alliance Bhd (NCT) dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC). (Berita Harian, 12:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Selangor sasar hab robotik serantau, tarik pelabur China

By Alzahrin Alias · 18 Oct, 12:31 MYT

KUALA LUMPUR: Selangor menyasarkan untuk muncul sebagai antara hab robotik dan pembuatan termaju terbesar di rantau ini menerusi kerjasama strategik antara NCT World Sdn Bhd (NCT World), anak syarikat NCT Alliance Bhd (NCT) dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC).

Menerusi kerjasama ini, NCT akan berperanan sebagai rakan kongsi infrastruktur perindustrian dengan NCT Smart Industrial Park (NSIP), Taman Perindustrian Terurus (MIP) pertama di Malaysia yang terletak di Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) menjadi salah satu pangkalan bagi inisiatif itu.

NCT berkata, NSIP akan menyediakan kemudahan kilang kepada pengeluar robotik dan automasi yang berhasrat untuk memulakan operasi di Selangor.

Katanya, sejajar dengan kedudukan NSIP sebagai destinasi bagi industri pintar dan berteknologi tinggi, NCT akan terus giat menggalakkan dan memudah cara penubuhan operasi pengeluar robotik dan automasi di taman perindustrian itu.

"Bagi menyokong komitmen ini, Memorandum Kerjasama (MoC) antara kedua pihak menggariskan pilihan pemilikan dan penggunaan kilang yang fleksibel kepada pengeluar yang diperkenalkan menerusi inisiatif itu.

"Ia termasuk pembelian terus, aturan sewa sebelum beli serta penyediaan infrastruktur kilang siap bina secara pajakan.

"Pilihan ini bertujuan membolehkan pengeluar, khususnya pengendali berskala besar, memulakan operasi dengan masa dan kos persediaan yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT, Datuk Seri Yap Ngan Choy, berkata landskap perindustrian sedang berkembang pesat dengan robotik, automasi dan pembuatan termaju memainkan peranan yang semakin penting dalam daya saing Malaysia pada masa hadapan.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, kumpulan berhasrat menyediakan infrastruktur, fleksibiliti dan persekitaran yang diperlukan oleh pengeluar untuk memulakan serta mengembangkan operasi di Selangor.

"Selain menyediakan ruang perindustrian, NSIP direka untuk menyokong sebuah ekosistem yang membolehkan syarikat teknologi, pengeluar dan pelabur memulakan operasi, mempamerkan keupayaan masing-masing serta berkembang dengan lebih cekap dari Selangor," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping, pula berkata kerjasama itu langkah penting ke arah menjadikan Selangor sebagai salah satu hab robotik dan pembuatan termaju terbesar serantau.

"Dengan menghimpunkan syarikat teknologi, pelabur dan rakan kongsi infrastruktur perindustrian seperti NCT, kami berhasrat membangunkan sebuah ekosistem yang membolehkan pelbagai industri, termasuk tetapi tidak terhad kepada sektor robotik dan automasi, memulakan operasi, menjalankan aktiviti pembuatan, mempamerkan produk serta mengembangkan perniagaan mereka dari Selangor," katanya.

Selain penyediaan infrastruktur perindustrian, NCT turut mempunyai penyertaan strategik sebagai rakan kongsi terhad dalam Ehsan Semiconductor Fund bernilai RM100 juta yang diasaskan bersama oleh SIDEC.

Dana itu melabur dalam teknologi semikonduktor, pemangkin ekosistem dan industri yang menggunakan teknologi semikonduktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada sektor robotik, pengendali Ekonomi Altitud Rendah (LAE) dan pengeluar sistem autonomi, sejajar dengan Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia.

Ia menyasarkan penggunaan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menerusi penyertaannya, NCT berhasrat membantu memupuk generasi baharu syarikat dalam sektor berkenaan serta melabur dalam syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan kukuh dengan NSIP diposisikan sebagai pangkalan bagi syarikat-syarikat mengembangkan operasi pembuatan di Selangor.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 12:59 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 12:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.