
Seri Pajam, Hibiscus Petroleum teroka pembangunan loji tenaga
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Seri Pajam Development Sdn Bhd (SPD) dan Hibiscus Petroleum Berhad menjalin kerjasama eksklusif bagi meneroka pembangunan loji janakuasa serta penyelesaian tenaga di Taman Perindustrian SPD Tech Valley, Senawang, Negeri Sembilan. (Berita Harian, 16:09)
Read the reporting
1 report
Seri Pajam, Hibiscus Petroleum teroka pembangunan loji tenaga
KUALA LUMPUR: Seri Pajam Development Sdn Bhd (SPD) dan Hibiscus Petroleum Berhad menjalin kerjasama eksklusif bagi meneroka pembangunan loji janakuasa serta penyelesaian tenaga di Taman Perindustrian SPD Tech Valley, Senawang, Negeri Sembilan.
Kerjasama itu dimeterai menerusi pemeteraian Heads of Agreement (HoA) pada 30 September lalu di ibu pejabat Hibiscus Petroleum di Kuala Lumpur, bagi menilai potensi pembangunan projek tenaga di tanah milik Seri Pajam Development dan syarikat sekutunya di Malaysia.
HoA berkenaan ditandatangani Pengarah Urusan Hibiscus Petroleum, Datuk Dr Kenneth Gerard Pereira, dan Ketua Pegawai Eksekutif Seri Pajam Development, Ten Wee Seong.
Antara penyelesaian tenaga yang bakal dikaji termasuk penggunaan turbin gas, enjin gas, tenaga solar dan sistem penangkapan karbon.
Penuhi permintaan tenaga industri berteknologi tinggi
Kerjasama itu hadir ketika Malaysia terus menarik pelaburan dalam sektor pusat data, infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan termaju, yang memerlukan bekalan elektrik stabil serta cekap bagi menyokong operasi.
Pembangunan loji janakuasa domestik di SPD Tech Valley berpotensi melengkapi infrastruktur grid sedia ada, sekali gus meningkatkan daya tahan bekalan tenaga dan menyokong pertumbuhan industri pada masa depan.
Dengan keperluan elektrik yang dijangka terus meningkat, kemudahan itu juga berpotensi menyokong operasi pusat data dan sistem pengkomputeran yang menjalankan beban kerja AI.
Naib Presiden Kanan, Inisiatif Strategik Hibiscus Petroleum, Chong Chee Seong, berkata kerjasama itu menjadi langkah penting dalam perjalanan transformasi syarikat untuk meneroka perniagaan berkaitan tenaga, selain mengekalkan sektor minyak dan gas sebagai perniagaan teras.
"Pusat data dan beban kerja AI memerlukan bekalan tenaga yang boleh dipercayai, cekap dan semakin rendah karbon.
"Dengan mengembangkan kepakaran kami dalam penjanaan tenaga teragih, kami berhasrat memenuhi permintaan itu sambil mewujudkan peluang menjana pendapatan tambahan yang lebih stabil untuk pemegang saham," katanya.
Kerjasama berkenaan selari dengan strategi Hibiscus 3.0 yang memberi tumpuan kepada kepelbagaian perniagaan dalam peralihan tenaga dan sektor tenaga berkaitan.
SPD Tech Valley sasar pelaburan industri masa depan
Ten berkata, pihaknya menyedari kepentingan merancang keperluan tenaga lebih awal bagi menyokong pertumbuhan industri bernilai tinggi, khususnya pusat data dan perniagaan berteraskan teknologi.
"Kerjasama dengan Hibiscus Petroleum membolehkan kami menilai penyelesaian penjanaan tenaga yang berpotensi menyokong pembangunan jangka panjang SPD Tech Valley.
"Melalui kerjasama dengan syarikat tenaga berpengalaman, kami mahu memperkukuh kedudukan SPD Tech Valley sebagai destinasi perindustrian strategik yang dilengkapi infrastruktur dan rangkaian perhubungan bagi menyokong pelaburan masa depan," katanya.
SPD Tech Valley terletak berhampiran infrastruktur grid nasional 132 kilovolt (kV) dan 275kV, selain mempunyai akses kepada Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya LEKAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang.
Kelebihan infrastruktur serta jaringan perhubungan itu menyokong potensi taman perindustrian berkenaan sebagai lokasi pembangunan sektor pembuatan bernilai tinggi dan pusat data.
Susulan pemeteraian HoA, kedua-dua pihak akan menilai aspek teknikal, komersial dan keperluan pelaksanaan bagi projek penjanaan tenaga yang berpotensi dibangunkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.